FORMULA SISTEM EJEN YANG MANTAP

“Mudahnya Menjadi Owner Produk.”

“Nak Buat Produk Jenama Sendiri?”

Ini adalah antara tagline iklan daripada kilang-kilang OEM untuk mewar-warkan perkhidmatan mereka kepada sesiapa saja yang bercita-cita untuk menjadi owner atau founder produk sendiri.

Kilang-kilang OEM yang dahulunya hanya boleh diakses oleh individu atau pihak tertentu kini menawarkan peluang menjadi owner/founder produk dengan modal yang rendah kepada orang ramai. Maka tidak hairanlah semakin hari trend bisnes produk sendiri semakin popular. Ramai orang membuat produk jenama sendiri dan menjadi jutawan.

Bunyinya seperti sangat mudah untuk menjadi jutawan dengan menjadi owner produk. Realitinya tidaklah semudah yang disangka.

Mungkin anda pernah lihat owner-owner atau founder-founder produk yang kaya-raya di luar sana dan rasa sangat teruja untuk membuat bisnes dengan menjual produk jenama sendiri. 

Namun, anda perlu jelas, nak buat bisnes ini bukanlah satu perkara yang senang. Kejayaan yang mereka capai itu tidak berlaku sekelip mata.

Hari ini jadi owner produk, esok jadi jutawan. Oh tidak! 

Semuanya perlu dirancang dan disusun dengan teliti.

Apabila anda sudah ada produk sendiri, anda perlu memilih model bisnes untuk menjual produk anda. Ada bermacam-macam jenis model bisnes yang anda boleh pilih. Biasanya untuk owner produk yang baru, ada dua pilihan, sama ada anda nak buat Sales Team atau Sistem Ejen.

Perbezaan utama di antara dua jenis model bisnes ini ialah:

Sales Team:
Anda mengambil staff untuk membuat kerja-kerja close sales.

Sistem Ejen:
Anda rekrut ejen untuk mempromosi dan menjual produk anda.

Mana satu lagi bagus?

Sukar untuk menyatakan model bisnes mana yang lebih bagus. Ia bergantung kepada kesesuaian produk dan strategi bisnes anda.

Kebanyakan owner produk yang menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan memilih untuk menggunakan Sistem Ejen. 

Antara kelebihan Sistem Ejen ialah:
– Senang dapat untung
– Cepat restock produk
– Mudah kembangkan bisnes

Sistem Ejen ini juga ada kekurangannya, seperti:
– Ramai newbie bisnes
– Ejen susah jual produk
– Ejen tidak aktif
– Banyak kes buang harga

Mencabar juga Sistem Ejen ni ya..

Jadi, macam mana nak berjaya dengan menggunakan Sistem Ejen?

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan 7 FORMULA Sistem Ejen yang proven mampu menghasilkan jualan yang tinggi sehingga mencecah 7 angka sebulan berdasarkan pengalaman kami menguruskan 100 pengguna Firesell sejak 2017.

#1 – PENETAPAN HARGA PRODUK

Proses menetapkan harga jualan produk bukan perkara yang mudah. Sebagai owner produk, anda perlu membuat penetapan harga jualan produk yang munasabah. Ia memerlukan kajian dan penelitian supaya harganya sesuai untuk syarikat, menarik untuk ejen dan relevan kepada pengguna.

Percaya atau tidak, banyak bisnes gagal berkembang dan ada juga yang lingkup hanya selepas beberapa tahun beroperasi gara-gara kesilapan mengira kos dan margin untung produk.

4 asas untuk membantu anda menetapkan harga jualan produk adalah seperti berikut:
– COGS (Cost of Goods Sold)
– OPEX (Operation Expenditure)
– Komisyen
– Margin

#2 – STRUKTUR SISTEM EJEN

Dalam Sistem Ejen, owner produk bertindak sebagai HQ.

Struktur asas Sistem Ejen adalah kombinasi beberapa atau semua elemen berikut:
– Stokis
– Ejen
– Dropship

Ada yang mengambil pendekatan single layer:
– HQ
– Ejen

Ini pula contoh dual layer:
– HQ
– Ejen
– Dropship

Ada juga yang merangka struktur Sistem Ejen yang lebih kompleks:
– HQ
– Distributor
– Master Stokis
– Stokis
– Master Ejen
– Ejen
– Dropship

Struktur mana yang anda patut pilih untuk Sistem Ejen anda?

Single layer? Dual layers? Complex layers?

Dalam proses merangka struktur Sistem Ejen, seringkali berlaku owner produk terlepas pandang perkaitan di antara penetapan harga produk dan struktur Sistem Ejen. 

Ramai yang meletakkan harga jualan produk sesuka hati dan terikut-ikut dengan trend struktur Sistem Ejen yang kompleks. 

Dua kombinasi cacamarba ini boleh menyebabkan HQ bakal berdepan dengan masalah cashflow syarikat dan pengurusan ejen di kemudian hari.

#3 – PEMBERIAN INSENTIF

Pemberian insentif adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan Sistem Ejen kerana ia adalah cara paling mudah dan efektif untuk memberi motivasi dan menaikkan semangat ejen-ejen anda.

Jenis-jenis insentif:
– Cash Reward
– Product Reward
– Percutian
– Bonus

Tahukah anda bahawa anda tidak perlu mengeluarkan modal tambahan untuk memberikan insentif-insentif di atas kepada ejen-ejen anda?

Kuncinya ada pada #1 dan #2.

#4 – PENGURUSAN PESANAN PRODUK

Sebelum mula merekrut ejen, anda perlu pastikan bisnes anda sudah mempunyai SOP pesanan produk yang sistematik dan teratur. Lebih baik lagi jika proses ini dapat diautomasikan menggunakan platform seperti Firesell.

Pada peringkat awal bisnes, anda boleh membuat sistem pesanan produk secara manual. Namun apabila ejen-ejen anda semakin bertambah, cara ini sudah tidak relevan dan sangat memenatkan.

Sekiranya tidak diuruskan dengan baik dari peringkat awal, aktiviti bisnes anda akan menjadi serabut, berlaku kesilapan, tercicir pesanan produk dan macam-macam lagi masalah lain yang boleh mengganggu kelangsungan bisnes anda seterusnya membantutkan potensi bisnes anda untuk berkembang.

#5 – PENGURUSAN EJEN

Nadi utama Sistem Ejen ialah.. EJEN. Tanpa ejen, maka Sistem Ejen tidak akan wujud. Jadi anda perlu melakukan kempen merekrut ejen. Jangan mengharapkan ejen akan datang dengan sendirinya tanpa anda melakukan sebarang promosi mencari ejen untuk bisnes anda.

Walaupun proses merekrut ejen ini ringkas, jangan sesekali pandang remeh proses ini. Pengurusan ejen yang efisien bermula dengan cara merekrut dan mendaftar ejen yang tersusun.

Selain daripada SOP pesanan produk, anda juga perlu ada SOP pendaftaran ejen.

Sebagai owner produk, anda perlu menerangkan garis panduan yang jelas kepada ejen anda tentang beberapa perkara penting seperti:
– Yuran pendaftaran
– Peraturan harga
– Pemberian komisyen
– Penggunaan material promosi
– Terma dan syarat berkaitan

Cara terbaik adalah dengan membuat dokumen perjanjian di antara HQ dan ejen yang mengandungi perkara-perkara di atas. Bakal ejen wajib bersetuju dengan semua kondisi yang anda tetapkan sebelum disahkan menjadi ejen.

Dengan cara ini, anda boleh menapis ejen yang tidak berkualiti kerana mereka ini tidak serius mahu menjadi ejen anda. Ada yang ingin mengambil kesempatan membeli produk anda dengan harga ejen, ada yang sekadar nak tahu cara anda beroperasi.

Dokumen perjanjian ini juga akan menjadi rujukan dan sandaran untuk anda mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang perlanggaran kondisi pada masa akan datang.

#6 – TRAINING UNTUK EJEN

Seperti yang disebut pada awal artikel ini, antara kelemahan Sistem Ejen adalah ramai orang yang mendaftar menjadi ejen ini adalah mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dalam bisnes.

Mereka tiada asas bisnes atau kurang pengetahuan tentang selok-belok bisnes. Maka tidak hairanlah jika mereka ini mengalami kesukaran untuk membuat jualan.

Adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai HQ untuk memberi latihan dan bimbingan dari segi cara menjual, marketing, closing dan motivasi kepada ejen-ejen anda.

#7 – KHIDMAT SOKONGAN

Khidmat sokongan ini terbahagi kepada dua:
– Khidmat Sokongan Bisnes
– Khidmat Sokongan Ejen

Kedua-duanya saling berkaitrapat dan mempengaruhi perjalanan bisnes anda, sama ada terus maju atau merundum.

Untuk membolehkan bisnes anda berkembang secara progresif, anda perlu ada team yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk menyokong keperluan bisnes anda.

Anda juga perlu ingat, produk bagus, harga kompetitif, komisyen menarik, SOP tersusun, tidak akan dapat melahirkan ejen yang berprestasi tinggi dan setia kepada bisnes anda sekiranya anda gagal menyediakan khidmat sokongan ejen yang baik.

Sistem Ejen yang mantap memerlukan pengurusan menyeluruh dari #1 hingga #7 dan diselia oleh profesional yang berpengalaman dalam teknologi dan paradigma perniagaan, apatah lagi kini di zaman automasi bisnes.

Sekiranya anda memilih Sistem Ejen sebagai model bisnes anda dan ingin mempraktikkan formula-formula yang dibincangkan di atas, anda perlukan platform seperti Firesell.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.