Sistem Firesell Boleh Buat Pre-Order?

“Dalam sistem boleh buat pre-order ke?”

Pre-order atau pra tempahan adalah salah satu channel yang semakin diterima umum.
Asalkan produk kita bagus, jenama kita dipercayai, lebih-lebih lagi bila tiada pesaing, maka mudahlah untuk kita mendapatkan ramai pelanggan bila kita buka pre-order.

Bila client tanya soalan di atas, maka jawapan kami,
“Ya tuan, sistem boleh buat pre-order.”

Kita boleh masukkan dahulu produk dan sebarang kuantiti ke dalam sistem, kemudian ejen (atau end-user) boleh place order dan bayar dahulu. Maksudnya HQ dah terima bayaran dahulu sebelum order produk dari kilang. Bila produk dah siap dan dah terima dari kilang, barulah HQ pos kepada ejen/customer.

Pre-order

Paling penting dalam urusan pre-order ialah — customer WAJIB tahu bahawa produk tersebut perlu ditunggu. Bukannya akan dipos segera.

Dan biasanya tak cukup kalau hanya ditulis / dinyatakan sekali sahaja. Sebaiknya kita perlu maklumkan banyak kali atau banyak tempat dalam shopping cart.

Dalam Firesell, ada beberapa perkara yang kita boleh set dalam sistem untuk item pre-order;

1. SET Pada Nama Item

Pertama, pada nama item, labelkan dengan perkataan ‘Pre-Order’.
Contoh nama item normal: “Cholex Buah”
Contoh nama item pre-order: “[PRE-ORDER] Cholex Buah”

Item pertama adalah normal item yang ready stock. Item kedua di sebelah kanan pula adalah item pre-order. Dimasukkan ‘pre-order’ dalam bracket sebelum nama item.
2. Buat Kategori PRE-ORDER

Kalau ada banyak item pre-order, boleh buat satu kategori “Pre-Order”.
Boleh masukkan semua item pre-order dalam kategori tersebut. Diasingkan dari item-item lain yang sedia untuk dihantar segera.

Contoh susunan kategori. Item yang biasa (Cholex dan Promo Raya) diasingkan dari item pre-order.
3. Masukkan Pada Gambar

Pada gambar item, mention atau letak label “PRE-ORDER”.
Jadikan dia catchy, mudah dilihat, sama seperti kita buat label diskaun.

Masukkan teks “Pre-order” pada gambar item.
4. Nyatakan dalam invois

Maklumkan info pre-order dalam invois. Maka bila pembeli semak semula invois, dia akan nampak bahawa ada tempoh menunggu untuk barang yang telah dipesan.

Cth: “Produk ini dijangka siap untuk dihantar pada 25 Julai 2021.”

5. Maklumkan pada detail produk

Pada ruang “Diskripsi Item”, maklumkan bilakah produk ini dijangka sedia untuk dihantar. Ejen akan nampak info ni waktu add to cart.

Pada ruang keterangan item (bawah harga dan mata), boleh masukkan tempoh menunggu @ bilakah produk dijangka siap.

Perlu kita ingat bahawa walaupun kita dah maklumkan banyak kali, akan ada yang tanya kita selepas 5 hari dia order, dengan panik menyatakan barang dia belum sampai. Jadi kita boleh maklumkan dengan tenang, yang pihak HQ telah maklumkan banyak kali bahawa item tersebut adalah pre-order. Ada dinyatakan pada gambar item, pada nama item, pada diskripsi produk, dan sebagainya.

– Firesell®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.