Daftar Ejen — Percuma atau Kenakan Yuran?

Dalam bisnes networking, dan juga bisnes yang saluran jualannya adalah melalui ejen, pengambilan ejen baharu adalah satu proses yang berterusan.

Pengambilan ejen baharu boleh dibuat dalam beberapa cara. Setiap satu berpotensi untuk berikan impak yang berbeza kepada sesuatu bisnes.

Bayaran Yuran Daftar Sahaja (Tanpa Belian)

Pendaftaran ini adalah yang paling mudah. Straight forward. Mereka yang ingin daftar sebagai ejen perlu bayar sejumlah yuran kepada syarikat. Yuran ini biasanya disebut sebagai yuran komitmen.

Selepas bayar yuran daftar, seseorang akan menjadi ejen yang sah. Maksudnya dia boleh membeli produk pada harga ejen, dan juga boleh nikmati pelbagai kelebihan lain yang syarikat tawarkan.

Yuran ini bertindak sebagai filter, supaya mereka yang mendaftar adalah mereka yang komited, bukannya mereka yang ingin cuba-cuba sahaja.

Untuk produk atau jenama baru, mungkin boleh set yuran sekitar RM30~RM50. Ada juga yang set yuran RM30, kemudian buat promosi RM30 RM10 sahaja untuk bulan pertama.

Jika jenama anda dah lama establish, atau ada ramai follower (walaupun jenama baru), nak set yuran yang lebih tinggi sekitar RM50~RM100 pun boleh.

Yuran Beserta Pembelian Mandatori

Cara kedua ini ada persamaan dengan cara pertama, iaitu mereka yang berminat nak jadi ejen perlu jelaskan yuran daftar. Cuma mereka WAJIB buat belian waktu daftar. Belian tersebut boleh jadi belian kit ejen @ starter kit, ataupun belian stok produk.

Cara ini mungkin menjadikan mereka yang berminat akan berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan untuk mendaftar. Kerana mereka perlu membuat pelaburan yang lebih besar berbanding cara pertama di atas.

Cara ini juga biasanya dibuat oleh syarikat yang katanya ingin shoot @ dapat revenue tinggi dengan cepat. Sebab setiap pendaftaran sudah pasti melibatkan jualan.

Yuran Beserta Pilihan Untuk Beli Produk

Cara ketiga ialah anda berikan pilihan untuk buat belian stok produk waktu pendaftaran. Mereka yang ingin mendaftar dengan hanya membayar yuran TANPA buat belian juga dibenarkan.

Ini menjadikan urusan pendaftaran lebih fleksibel. Kiranya mereka yang ingin beli initial stock tak perlu buat transaksi lain selepas daftar. Belian produk boleh dibuat bersama bayaran pendaftaran.

Daftar Percuma

Ada juga usahawan yang buka pendaftaran percuma kepada mereka yang berminat. Bila ditanya kenapa buka pendaftaran percuma, katanya sebab nak dapatkan ejen yang ramai dalam masa yang singkat. Ada juga yang kata sebab nak buka peluang jana pendapatan kepada lebih ramai orang.

Ya, kita boleh dapatkan ramai ejen kalau kita buka pendaftaran percuma. Mungkin.

Tetapi kalau buat percuma, selalunya ejen yang datang adalah mereka yang tak berkualiti, tak komited. Ramai juga yang sekadar nak cuba-cuba. Nothing to lose katanya. Tak beli @ tak buat sales pun tak apa, sebab bisnes ni dimulakan tanpa modal. Zero cost.

Yuran daftar RM0, sales ejen tiap bulan pun RM0. Macam mana bisnes nak sustain? Haru… (▰˘︹˘▰)

Macam mana pun, tak salah untuk mencuba. Jika anda punyai ramai follower yang berkualiti, boleh jadi ramai yang laju buat sales walaupun mereka daftar percuma.

Perlukah Bonus Diberikan Kepada Introducer?

Antara cara untuk dapatkan ramai ejen dengan cepat ialah dengan memberikan komisen kepada mereka yang mencari ejen. Ada yang panggil ‘insentif daftar ejen’, dan ada juga yang bahasakan sebagai ‘bonus sponsor’.

Katakan kita berikan RM10 atas setiap pendaftaran ejen. Jika seseorang ejen berjaya rekrut 5 ejen, maka dia akan dapat RM50.

Jika tak ingin bisnes anda dikatakan skim cepat kaya atau ‘head hunting programme’, bolehlah elakkan dari memberi bonus sponsor kepada introducer. Takut nanti ramai yang aktif rekrut ejen hanya kerana nak dapatkan komisen RM10 tersebut. Produk tak jalan pun. (╥_╥)


Anda sebagai usahawan, cara mana yang anda gunakan?

Untuk pengetahuan anda, semua cara daftar di atas anda boleh set dalam sistem Firesell dengan mudah!
Anda sebagai founder boleh set yuran daftar berapa ringgit, dan boleh set sama ada ejen perlu buat belian waktu daftar atau tak. Juga boleh set beberapa pakej daftar yang mereka boleh pilih.

Setting pendaftaran juga boleh diubah bila-bila masa jika perlu.

Kalau daftar free, mereka tak perlu login online banking. Hanya isi maklumat peribadi, kemudian klik Aktifkan.
Kalau daftar berbayar, lepas isi maklumat peribadi, mereka boleh terus buat bayaran melalui payment gateway.
Sama ada cara pertama atau kedua, mereka yang mendaftar akan dapat SMS pengesahan yang mengandungi (1) link untuk login sistem, (2) nombor ID, dan (3) katalaluan.


Jika anda sediakan platform untuk ejen, sebaiknya kenakan yuran daftar. Yuran daftar ni selain dari dapat cover kos operasi bisnes, ia juga boleh cover kos sistem yang telah anda laburkan.

Walaupun tiada belian waktu daftar, anda berhak untuk kenakan yuran. Sebab anda menyediakan peluang pendapatan kepada ejen-ejen, di samping ilmu-ilmu jualbeli @ bisnes yang dikongsikan kepada mereka.

– Firesell®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.