Risiko Dalam Sistem Stokis

Sistem stokis ada risiko? Sistem Stokis telah dipraktikkan sangat lama di seluruh dunia. Ia sangat mudah untuk dibuat oleh sesiapa sahaja. Tak perlu teknik tertentu atau teknik rahsia.

Asalkan pengeluar produk dapat jumpa orang yang ada modal, dan orang yang ada modal dapat jumpa pengeluar produk yang ada demand, maka mereka berdua boleh saling dapat manfaat.

risiko sistem stokis

Tapi kita perlu ingat bahawa cara konvensional ini adalah terdedah kepada risiko yang banyak. Pernah dengar risiko sistem stokis?

Selalu kita jumpa jenama yang tiba-tiba viral, dan tak lama lepas tu menjunam. Jarang-jarang kita jumpa jenama produk yang praktik sistem stokis dapat sustain lama dalam pasaran.

1. Risiko Sistem Stokis buang harga

Risiko sistem stokis terbesar ialah isu buang harga.

Kenapa orang buang harga? Pertamanya, kita sendiri yang ‘membenarkan’ isu ni berlaku.

Walaupun dah buat perjanjian dengan ejen dan stokis bahawa semua mesti jual pada harga yang telah ditetapkan, isu buang harga masih berlaku di mana-mana. Sebab kita dah jual dengan harga yang sangat murah kepada stokis.

Purata diskaun stokis ialah sekitar 40~60%. Bergantung kepada niche bisnes.

Katakan seorang stokis beli stok yang banyak pada diskaun 50%. Katakan harga runcit ProdukA RM100. Stokis beli pada harga RM50.

Kalau stokis tu jual kepada Ejen pada harga RM70. Stokis untung RM20 per unit.
Kalau jual kepada pengguna pada harga RM100, Stokis tu untung RM50.

Tapi tak ramai yang mampu jual harga penuh.

Antara alasan mereka;
“Tak boleh ambil untung banyak sangat. Riba.”
“Susah nak jual harga penuh. Sebab orang lain jual murah.”
“Saya tak pandai menjual. Saya bagi diskaun supaya produk boleh jalan.”

Kalau stokis beli pada harga RM50, dia masih boleh dapat untung kalau jual pada harga RM80, RM70, atau RM60 sekali pun.

Niat Asal Tidak Begitu

Walaupun pada asalnya stokis tak berniat untuk jual murah @ buang harga, tapi benda ni kerap berlaku.

  • Ramai orang ada duit tak pandai menjual. Juga tak pandai rekrut ejen. Lebih-lebih lagi mereka yang berpuluh tahun bekerja makan gaji, kemudian dapat sedebuk duit EPF. Dah bersara baru nak belajar berniaga.
  • Emergency. Tiba-tiba anak sakit, atau kena jaga orangtua yang sakit di kampung, atau seumpamanya.

Bila berlaku perkara seperti di atas, ramai yang terpaksa let go stok yang bertimbun dalam stor atau bawah katil. Kalau tak, susah tu kalau stok expired.

Dapat jual harga modal pun jadilah. Daripada stok tak jalan. Sekurang-kurangnya modal tak hangus.

Awas!

Bukanlah kita meminta perkara di atas berlaku. Benda ni selalunya di luar jangkaan kita. Maka menjadi tugas kita untuk elak risiko. Paling tidak, usaha untuk kurangkan risiko.

Sekarang ni bila platform pengurusan sistem ejen dah ada, risiko ni kita dapat kurangkan dengan drastik.

2. Seluruh Group Lari

Ni risiko sistem stokis kedua yang paling ditakuti.

Biasanya HQ tak tahu siapakah ejen-ejen di bawah stokis. HQ tak tahu pun berapakah bilangan ejen mereka. Sebab HQ hanya deal dengan mereka yang beli barang dengannya sahaja. Ejen beli dari stokis. Maka HQ tak kenal ejen-ejen tersebut.

Dalam ramai-ramai stokis, akan ada stokis yang sangat berwibawa. Mereka adalah stokis hebat yang disukai ramai. Apa sahaja yang dia buat, akan dituruti oleh anak buahnya.

Sambil stokis grow network, sambil dia kumpul modal. Tak lama lepas tu dia buat produk jenama sendiri. Kalau dia quit jual produk anda, dia akan bawa sekali semua ejen-ejen yang dia ada.

HQ boleh patah kaki kalau selama ni group tu lah yang buat sales berkepuk-kepuk!

3. Stokis Goyang Kaki

Kami juga selalu dengar rungutan dari founders yang praktik sistem stokis. Katanya stokis sedap goyang kaki je.

Di fasa awal bisnes, kita akan diuji dengan tawaran stokis. Bila produk kita bagus, akan ada yang offer nak beli in bulk dan nak tolong jual. Founder boleh putih mata dapat duit sedebuk. Kita pun bagi la diskaun besar sebab dia tolong kita. Kalau silap pilih orang yang tak kompeten, ada potensi dia akan jadi stokis goyang kaki.

Akan ada stokis yang tak pandai menjual atau merekrut ejen. Tapi dia bernasib baik sebab kenal produk kita awal. Kalau ada orang nak beli produk kita, kita akan pass kepada stokis tadi. Biasalah, founders kan orang yang pemurah. ^_^

Bilamana HQ hadkan bilangan stokis mengikut negeri atau daerah, semua ejen perlu beli melalui stokis tersebut.

Lama kelamaan, akan ada ejen hebat yang ‘terpaksa’ beli dari dia. Dia nak naik jadi stokis pun tak boleh sebab kuota stokis tempat tu dah full. Ini menimbulkan rasa tak puas hati dari ejen yang perform.

Selalu juga kita dengar isu stokis pool order. Dia kumpul order (dan duit) dahulu dari ejen-ejen bawah dia. Bila capai MOQ, barulah stokis tu order. Ejen akan merungut sebab stok lambat sampai.

Dah la kena tunggu lama lepas bayar. Lepas tu kena tunggu pula HQ pos stok kepada stokis. Akhir sekali tunggu stokis pos stok kepada ejen.

Stokis macam ni membuatkan ejen hilang hormat kepadanya. Tak buat sales dan tak guide ejen pun tak mengapa. Goyang kaki pun dapat income masyuk. Sebab semua ejen kena beli melalui dia.

4. Produk Tiruan

Zaman sekarang sangat mudah untuk tiru produk orang. Kilang OEM merata-rata. Designer freelance juga mudah dicari. Asalkan follower dah ramai, atau demand dah tinggi, bila-bila masa sahaja boleh buat produk ‘copy ori’.

Marketing pun HQ dah buat. Seronok sangat orang lain ambil kesempatan bila satu-satu produk tu dah famous. Demand tinggi lah katakan.

Ni lah risiko bilamana ada ‘lubang’ dalam distribution channel kita.

Sebab tu bisnes konsep dropship semakin meluas sekarang. Ejen hanya perlu iklan dan ambil order. SEMUA shipment dibuat oleh HQ.

5. Produk Expired

Dalam sistem stokis, biasanya satu-satu produk yang sampai ke tangan pengguna tu telah melalui banyak tangan.

Barang dari HQ, akan dipos kepada stokis. Kemudian dipos pula kepada ejen. Akhir sekali barulah dipos kepada pengguna.

Kalau tak pos pun, bila stokis ambil sendiri dari HQ, dan ejen pergi ambil sendiri dari stokis. Perlu diambil perhatian — produk tu dah hinggap di banyak tangan.

Dari satu hentian ke hentian yang lain, pasti ada senggang masa. Lagi banyak hentian, lagi lambat produk tu sampai ke tangan pengguna.

Katakan HQ dapat stok dari kilang pada bulan Januari. Stokis pula beli stok dari HQ pada bulan Februari. Kemudian ada ejen yang beli sebahagian stok tersebut pada bulan April. Dan akhirnya produk tersebut diterima oleh pengguna pada bulan Jun.

Jika shelf life sesuatu produk tu tak panjang, perkara sebegini harus diambil berat.
Kalau produk tu expired bila sampai ke pengguna, siapa yang akan dipersalahkan? Bukan ejen, juga bukan stokisnya. Tapi jenama itu sendiri yang akan terpalit imej buruk.

6. Barang Rosak, Tak Cantik

Sebentar tadi, risiko produk expired adalah tinggi bila banyak bertukar tangan. Tapi kita jangan lupa, bila pos banyak kali, lebih tinggi kebarangkalian untuk produk kita rosak.

Dan banyak juga kes yang packaging kemik atau rosak. Walaupun pengguna tak consume kotak atau packaging, sebahagian mereka suka kongsi gambar atau video bila produk tiba di rumah. Trend unboxing semakin meningkat!

Dia rasa gembira bila boleh kongsikan gambar selfie bersama produk kegemaran. Sudah pasti mereka mahu produk anda sampai ke tangannya dengan kotak yang sempurna bukan?

Bila berlaku multiple shipments untuk sampai kepada pengguna, produk kita terdedah kepada defects. Shipment pertama dari HQ kepada stokis mungkin dah kemikkan belah kanan. Shipment dari stokis kepada ejen pula mungkin jadikan kotak kemik belah kiri pula. Akhir sekali bila ejen pos kepada pengguna, ada yang kemik belah belakang.

Pilih yang kurang risiko

Setiap konsep ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk memastikan perniagaan kita dapat bertahan lama di pasaran, kita lah yang perlu memilih konsep yang terbaik. Konsep yang telah terbukti dapat menjadikan sesuatu bisnes itu lebih sustainable.

Ya, kita tak dapat hapuskan risiko secara total. Tapi kita ada banyak cara untuk kecilkan risiko yang ada. Dalam banyak-banyak risiko sistem stokis di atas, banyak yang dapat dikurangkan bila guna sistem ejen.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.