Memahami masalah yang anda selesaikan untuk pelanggan anda sudah pasti merupakan antara cabaran terbesar yang akan anda hadapi ketika anda memulakan perniagaan. Anda perlu pastikan pelanggan anda mahukan produk yang anda jual dan produk anda pula harus benar-benar mampu selesaikan masalah pelanggan anda.
Tetapi, memastikan produk anda memenuhi keperluan pasaran hanyalah sebahagian daripada kunci kejayaan sesebuah bisnes. Anda perlu fikirkan faktor utama yang lain iaitu bagaimana anda dapat menjana pendapatan dengan produk anda itu. Di sinilah model bisnes memainkan peranan.
Pada asasnya, model bisnes adalah perihal sesuatu entiti bisnes menghasilkan pendapatan. Ia adalah penerangan terperinci bagaimana anda memberikan nilai kepada pelanggan anda pada kos yang sesuai.
Ada bermacam-macam jenis model bisnes, contohnya affiliate, francais, pajakan, langganan dan banyak lagi. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ingat, tidak ada satu jenis model bisnes yang sesuai untuk semua jenis bisnes, semua niche. Jadi anda perlu bijak memilih model bisnes yang paling susuai dengan bisnes anda.
Online atau offline, model bisnes yang paling popular ialah sistem ejen. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ejen? Kenapa ia begitu popular di kalangan owner produk? Ayuh kita selami konsep sistem ejen ini.
Dalam sistem ejen, anda buka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen kepada bisnes/produk anda. Tugas mereka adalah mempromosi dan menjual produk anda. Anda sebagai owner produk pula bertindak sebagai Headquarter (HQ) yang menyediakan kemudahan dan sokongan kepada ejen-ejen membuat promosi dan jualan.
Struktur asas sistem ejen adalah kombinasi beberapa atau semua elemen ini:
– Stokis
– Ejen
– Dropship
Contoh struktur #1:
HQ > Ejen (Single Layer)
Modal: Rendah
Inventori produk: Ejen perlu ambil stok daripada HQ pada kuantiti rendah.
Pengeposan produk: Ejen uruskan.
Komunikasi: Ejen berhubung terus dengan HQ.
Contoh struktur #2:
HQ > Dropship (Single Layer)
Modal: Tiada
Inventori produk: Dropshipper tidak perlu simpan stok.
Pengeposan: HQ uruskan pengeposan produk.
Komunikasi: Dropshipper berhubung terus dengan HQ.
Contoh struktur #3:
HQ > Ejen > Dropship (Dual Layer)
Ini adalah gabungan struktur #1 dan #2.
Contoh struktur #4:
HQ > Stokis > Ejen (Dual Layer)
Modal: Stokis – Tinggi. Ejen – Rendah.
Inventori produk: Stokis perlu mengambil stok yang banyak daripada HQ. Ejen pula dapatkan stok produk daripada stokis.
Pengeposan produk: Stokis dan ejen uruskan pengeposan produk.
Komunikasi: Stokis berhubung terus dengan HQ, manakala ejen berhubung dengan stokis. Tiada hubungan langsung antara ejen dan HQ.
Contoh struktur #5:
HQ > Stokis > Ejen > Dropship (Quadruple Layer)
Ini adalah gabungan struktur #1, #2 dan #3.
Contoh struktur #6:
HQ > Distributor > Master Stokis > Stokis > Master Ejen > Ejen > Dropship (Complex)
Struktur ini adalah gabungan semua struktur #1 hingga #5 namun sedikit berbeza pada bahagian komunikasi kerana wujudnya satu lapisan baru iaitu ‘distributor’. Tiada komunikasi berlaku antara HQ dan semua lapisan di bawah distributor. Hanya distributor saja yang akan berhubung dengan HQ.
Ini hanyalah beberapa contoh struktur sistem ejen. Ada banyak lagi struktur lain dengan bermacam-macam variasi pengurusan inventori produk, pengurusan ejen dan komunikasi antara lapisan. Kesesuaian struktur sistem ejen bergantung kepada keperluan bisnes anda. Semakin banyak lapisan dalam sistem ejen, semakin rumit cara menguruskannya.
Faktor utama yang mempengaruhi struktur sistem ejen ialah harga produk. Kegagalan menetapkan harga produk yang munasabah boleh menyebabkan sistem ejen gagal dan melumpuhkan bisnes anda. Harga produk yang munasabah ialah harga yang dikira berdasarkan kajian dan analisa yang teliti supaya harga produk sesuai untuk syarikat, menarik untuk sistem ejen dan relevan kepada pengguna.
Kelebihan sistem ejen terutama yang menggunakan struktur #1, #2 dan #3 mampu menarik perhatian ramai orang untuk menjadi ejen kerana mereka berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan modal yang sangat rendah atau tiada modal langsung.
Sekiranya diuruskan dengan baik dan teratur, sistem ejen memberikan pulangan modal yang cepat dan untung yang mudah. Stok produk juga susut dengan pantas. Ditambah pula dengan pemberian insentif kepada ejen-ejen berprestasi cemerlang, maka pendapatan bisnes mampu berubah berlipat kali ganda.
Namun jika sebaliknya, HQ bakal berdepan dengan masalah-masalah seperti pengurusan stok produk yang cacamarba, komunikasi yang bercelaru, sabotaj harga jualan produk, ejen yang tidak komited, ejen ‘newbie bisnes’ dan macam-macam lagi masalah pengurusan dan operasi bisnes yang lain.
Sejak tahun 2017, kami di Firesell telah membantu 100 owner bisnes menguruskan ribuan ejen mereka. Berdasarkan pengalaman ini, kami yakin sistem ejen yang mantap memerlukan pengurusan menyeluruh dalam 7 aspek berikut:
1. Penetapan harga produk
2. Struktur sistem ejen
3. Pemberian insentif
4. Pengurusan pesanan produk
5. Pengurusan ejen
6. Training untuk ejen
7. Khidmat sokongan
Untuk memastikan kesemua aspek ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur, anda perlukan sekumpulan profesional yang berpengalaman dalam teknologi dan paradigma perniagaan. Lebih bagus lagi jika semua proses pengurusan ini dapat diautomasikan.
Mungkin anda berfikiran untuk mendapatkan satu platform automasi sistem ejen dan diselia pula oleh sekumpulan professional daripada pelbagai bidang, anda perlu keluarkan kos yang sangat besar. Ya, betul! Memang tinggi kosnya.
Usah risau. Kini, ada cara yang mudah, sistematik dan hanya perlu kos yang jauh lebih rendah daripada kos membina sendiri platform automasi sistem ejen dan menggajikan pakar-pakar berkaitan untuk menyelia sistem tersebut serta menguruskan ejen-ejen anda.
Info yang bagus
Wasap.my/60137722641/firesell