Apa Itu Firesell, Untuk Siapa & Bagaimana Ia Berfungsi?

Apa itu Firesell?

Firesell ialah sebuah aplikasi / perisian / software / platform, yang mana dari segi rupa bentuknya lebih kurang macam Shopee & Lazada.

Ia merupakan sebuah aplikasi bisnes, tetapi dengan brand anda sendiri, dengan kawalan penuh anda sendiri.

Logo aplikasi tu logo anda, produk dalam tu produk anda, pengguna dalam tu pelanggan anda, semua order dalam tu adalah order produk anda.

Untuk siapa Firesell ni? Apa kelebihan? Kenapa kena guna?

Firesell dibuat khusus untuk usahawan kecil dan sederhana (SME) yang berminat nak buat marketing plan yang seakan syarikat-syarikat MLM bertaraf antarabangsa.

Syarikat-syarikat MLM seperti Amway, Tupperware, HerbaLife, Mary Kay, Forever Living, Usana, Atome, Elken, Shaklee dan seumpamanya ini jika anda perasan, mereka menjual produk biasa-biasa, produk konsumer, produk penggunaan harian biasa, tetapi bisnes mereka bertahan berpuluh tahun.

Apa rahsia & resepi mereka? Sudah tentulah strategi & struktur bisnes, atau model bisnes mereka yang kukuh.

Struktur bisnes sebegini dipanggil jualan langsung.

Struktur bisnes jualan langsung adalah dikawal selia oleh kerajaan, di bawah Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid 1993 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN).

Salah satu pecahan dari struktur jualan langsung ini ialah model pemasaran berbilang tingkat, atau dalam bahasa inggerisnya Multi Level Marketing, atau ringkasnya MLM.

Jadi, nak berniaga macam company MLM yang sales tinggi maintain sampai berpuluh-puluh tahun mesti ada lesen AJL.

Lesen AJL ni nak mohon, bisnes mestilah sendirian berhad, dengan modal berbayar (paid-up capital) sebanyak RM500,000 bagi perniagaan 100% bumiputera, atau RM1,500,000 bagi yang bukan 100% bumiputera, baru layak memohon.

Oleh yang demikian, jika bisnes anda belum berstatus sendirian berhad, atau belum mencapai modal berbayar yang ditetapkan, tetapi anda bercita-cita nak sales juta-juta, konsisten bertahun-tahun macam syarikat-syarikat MLM buat bisnes, maka anda boleh guna model bisnes Firesell.

Firesell diprogramkan supaya usahawan boleh jalankan bisnes ala-ala MLM tanpa perlu memohon lesen AJL, tetapi sah untuk jalankan perniagaan mengikut peruntukan undang-undang negara Malaysia.

Jika anda musykil tentang MLM, anda boleh google lebih lanjut untuk dapatkan kefahaman sebenar.

Bagaimana Firesell berfungsi?

Firesell berfungsi dengan model bisnes ala-ala MLM. Model bisnes yang Firesell sediakan ini terdiri daripada KOMPILASI garis panduan, method / kaedah / formula, dan technical solution. Ketiga-tiga jenis kompilasi ini membolehkan usahawan menguruskan beberapa perkara dalam bisnes.

Bisnes anda akan beroperasi dengan lebih efisien, pengurusan jadi lebih baik, sales naik lebih tinggi, repeat orders pun banyak, seperti bisnes syarikat-syarikat MLM.

Bagaimana? Firesell adalah kompilasi elemen-elemen dalam bisnes seperti pricing strategy, sales strategy, marketing plan, distribution plan, ecommerce / add-to-cart, payment solution / payment gateway, order fulfillments / shipping / postage / kurier integration, stock management / inventory, after sales service, formula naikkan modal bisnes tanpa loan & tanpa geran kerajaan, cashflow management, business documentation.

Itulah antara elemen-elemen yang ada dalam Firesell.

Elemen-elemen ini ada yang berbentuk garis panduan, modul-modul method / kaedah / formula, dan teknikal.

Dalam 12 elemen tersebut, yang paling memberi impak besar kepada usahawan yang guna Firesell ialah solution untuk marketing plan.

Marketing plan kami bertindak mengautomasikan kerja-kerja marketing sehingga usahawan tak perlu buat marketing, tak perlu ke depan, tak perlu buat live, tak perlu menonjol. Malah tak perlu buat iklan berbayar langsung. Tetapi still dapat repeat orders yang tinggi dan konsisten, selama bertahun-tahun lamanya. Anda baca report je di belakang tabir, kira duit.

Menarik kan? Tetapi kena ingat…

Ada perkara yang anda boleh guna terus. Ada part yang anda kena ambil masa sedikit untuk faham, baru boleh guna. Ada juga elemen yang anda kena belajar, ambik masa nak faham, lepas tu baru implemen.

Chiow!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.