APA KATA PENGGUNA FIRESELL: IMAAN SUCI WORLD

Apa Kata Puan Wawa Idris Tentang Firesell?

Perkongsian ikhlas dari hati, spontan tanpa skrip dialog yang dirancang daripada Puan Wawa Idris, founder Imaan Suci World.

Hai saya Wawa Idris, saya merupakan founder kepada jenama Imaan Suci World, pengeluar tisu halal pertama di Malaysia.

Dah saya juga adalah seorang trainer. Jadi kami Imaan telah pun 3 tahun di pasaran dan mempunyai ejen lebih kurang 2000 ejen di seluruh negara termasuk Brunei, Sabah & Sarawak.

Saya telah menggunakan Firesell lebih kurang satu tahun. Jadi sebelum menggunakan Firesell banyak bezanya. Sebelum ni kita tiada database. Kita berniaga, database is king.

Kalau sebelum ni semua pembelian secara manual. Kita hanya ada akses kepada level stokis sahaja.

Tapi bila adanya Firesell, kita ada akses kepada semua level sehinggalah ke tahap customer. Kita tahu siapa customer yang membeli dari kita pun kita boleh dapat database tu. Jadi saya nampak benda tu sangat penting.

Lagi dari segi perbezaannya adalah saya boleh mendapat akses report jualan itu dengan cepat. Tanpa menunggu staf pun saya boleh tahu kedudukan stok, report jualan, performance stokis. Jadi itu sangat memudahkan saya sebagai business owner.

Bagusnya Firesell ni mereka mempunyai team support yang sangat membantu. Di mana mereka memang almost 24/7 setiap hari mereka cuba untuk membantu kita. They are quite coordinated di mana mereka ada group support Telegram. Jadi kita punya ejen and also kita punya staf pun anytime boleh akses to the support dan bertanyakan apa sahaja soalan atau pun masalah berkenaan teknikal.

Dan saya rasa support ini sangat penting, sebab tanpa support dia akan membuatkan kita punya operasi tergendala. Jadi dengan support yang padu dari Firesell ini saya nampak sangat membantu.

Saya sangat menyarankan business owner seperti saya menggunakan sistem Firesell kerana saya faham, kita sebagai business owner banyak lagi benda kita nak fikir. Jadi dengan adanya sistem Firesell ini dia membuatkan kerja kita semuanya automated.

Jadi ianya boleh membuatkan kita, business owner lebih organized dan kita akan senang untuk majukan bisnes kita ke hadapan kerana kita boleh lebih fokus untuk memikirkan strategi-strategi bisnes, daripada kita nak pening-pening fikir dan berapa ejen sign-up today, so bagi saya itu semua kita boleh pass kepada teknologi yang sekarang dah tersedia oleh Firesell.

Thank you Firesell, dan kepada business owner, please sign up Firesell kerana sistem ini, Alhamdulillah sangat membantu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.