Bagi sesetengah usahawan, mungkin agak sukar untuk bezakan antara platform pengurusan sistem ejen dengan platform eCommerce (juga dikenali sebagai web commerce / shopping cart).
Ini kerana kedua-duanya diakses dari satu aplikasi yang sama, iaitu web browser.
Adakah benar Firesell lambat update?
Dalam eCommerce, pengguna boleh request dan ubah paparan & feature mengikut kehendak & keperluan bisnes.
Akan tetapi, sistem yang kompleks seperti platform pengurusan sistem ejen tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar, ditambah, atau dibuang.
Sebagai perbandingan, cuba perhatikan sistem Maybank2u Business. Sampai sekarang masih paparan lama walaupun Maybank2u Personal sudah bertahun-tahun mempunyai paparan baharu.
Sama juga dengan CIMB BizChannel, yang sampai sekarang tidak menyokong Interbank Instant Transfer. Sedangkan banyak online banking lain dah lama boleh buat.
web-based system tak sama dengan standard website
Penyelenggaraan sistem yang kompleks tidak sama dengan sistem eCommerce biasa yang boleh bertukar-tukar layout dan paparannya setiap hari.
Lebih-lebih lagi sistem eCommerce yang guna standard template. Nak tukar design setiap hari pun boleh. Hanya tukar warna & gambar, terus nampak lain!
Berbeza dengan penyelenggaraan sistem yang kompleks seperti sistem ejen Firesell. Ia memerlukan penelitian tinggi selain SOP penyelenggaraan yang ketat & tegas.
Sistem ejen Firesell melibatkan pengurusan database yang mempunyai hubung kait sesama table rekod yang kompleks.
Sistem Firesell juga mampu mengurus unlimited tier, termasuk HQ-Warehouse-Agent-Agent-…, HQ-Stokis-Ejen, HQ-Dropship, HQ-Affiliate, HQ-Membership dan pelbagai jenis formasi tier lain, yang tidak dapat dilaksanakan oleh sistem eCommerce biasa.
Sangat Banyak Integrated Functions
Selain mengurus transaksi bulanan yang mencecah puluhan juta ringgit, fungsi pengurusan genealogi (susur galur), fungsi pengguna serta fungsi broadcast juga turut memberi impak kepada proses penyelenggaraan sistem.
Ini kerana proses enhancement pada ratusan fungsi tersebut sahaja pun berlaku pada setiap masa.
Apa jadi jika dibuat juga seperti eCommerce?
Proses update sistem yang tidak mengikut SOP penyelenggaraan yang betul boleh mengakibatkan berlaku slow / error / crash.
Lebih malang lagi jika error yang berlaku melibatkan data pengguna, kiraan akaun & kewangan serta fungsi lain yang terdapat dalam sistem.
Hal ini bakal menyusahkan pihak pengguna. Bila sistem tidak dapat berfungsi dengan betul, sudah tentu akan mengganggu urusan bisnes usahawan itu sendiri.
Sebab itulah pengguna yang tiada pengalaman dalam sistem pengurusan kompleks akan merasakan sistem Firesell lambat update.
Walau bagaimanapun, tak semua function dalam sistem Firesell adalah lambat. Untuk simple functions seperti tukar warna tema, upload @ tukar logo, ubah header & footer, masukkan content @ copywritings, semua tu boleh dibuat atau diubah segera pada bila-bila masa.
Pakar Sistem Ejen