Macam mana sales boleh meningkat waktu PKP?
Kan pergerakan kita terhad?
Macam ni..
Bila guna sistem Firesell, semua ejen yang berdaftar tu boleh dikatakan ejen 3-in-1.
Mereka boleh jadi seorang ejen biasa, atau boleh jadi seorang dropship, dan juga boleh jadi affiliate.
Mereka adalah fleksibel. Boleh buat apa mereka suka, atau mengikut kepakaran masing-masing.
Dan flexibility adalah satu perkara yang ramai orang suka.
Sebab tu bilangan ejen cepat berkembang!
Bila seseorang tu dah dapat ID sebagai ejen, dia boleh decide nak buat apa — mengikut keperluan dia masa tu.
Paling Popular
Ni yang paling ramai orang buat — act as ‘normal agent’.
Restock sendiri, kemudian jual offline. Maksudnya jualan face to face.
Ada yang jual di pejabat, ada yang jual pada jiran, ada yang COD, ada yang customer datang pickup kat rumah, dan macam-macam lagi!
Jadi untuk cara ni, ejen hanya perlu login sistem, kemudian order stok.
Masa buat order, dia masukkan nama dan alamat sendiri pada maklumat penghantaran.
Nombor Dua – dropship
Ada golongan ejen yang suka buat dropship.
Dia tak suka simpan stok. Dia nak produk dihantar terus dari HQ kepada customer.
Jadi bila ejen tu nak buat dropship, dia boleh login sistem dan order barang macam biasa. Cuma bezanya dia perlu masukkan detail customer di ruang maklumat penghantaran.
Dalam kes ni, customer bank-in ke akaun bank ejen. Kemudian ejen akan order melalui sistem, dan bayar dari online banking dia sendiri.
Keuntungan ejen (beza antara Harga Ejen dan Harga Runcit) akan berada dalam akaun bank dia.
Nombor Tiga – Affiliate
Ejen juga boleh buat affiliate.
Affiliate ni, ejen hanya perlu share link, kemudian customer order sendiri dari unique link tersebut.
Sistem ada sediakan link untuk setiap ejen.
Setiap ejen ada dua link, 1) link untuk customer order barang, dan 2) link untuk orang daftar, join jadi ejen bawah dia.
Bila guna link ni, pelanggan akan bayar direct kepada HQ.
Mana untung ejen?
Keuntungan ejen akan dimasukkan dalam eWallet dia dalam sistem, instantly.
Jadi ejen tu boleh gunakan untuk next purchase. Atau dia juga boleh request untuk cash out.
Sesuaikan dengan keadaan semasa
Bila jadi situasi macam PKP ni, ejen-ejen yang guna sistem ni boleh keep calm, dan praktikkan cara Nombor Dua dan Nombor Tiga tadi.
Tak perlu pening kepala fikir nak keluar rumah untuk COD. Sekali kena kompaun, terbang seribu ringgit.
Tak perlu pening kepala sebab tak boleh buat sale.
antara pengguna sistem yang perform waktu pkp
Saya kongsikan sedikit pencapaian pengguna sistem Firesell yang melonjak naik waktu PKP.
Jualan mereka meningkat dengan baik. Kemudian meningkat lebih tinggi pada bulan April 2020.
Ya, sales meningkat waktu PKP sedang memuncak!
Client ni mula gunakan sistem pada Oktober tahun lepas, dengan sales bulan pertama RM23 ribu. Kemudian mencapai RM514 ribu pada bulan April 2020.
Peningkatan lebih 22 kali ganda dalam masa enam bulan!
Pengguna Lain
Mula menggunakan sistem pada awal tahun 2019, mereka meningkat sedikit demi sedikit. Bulan keenam, mereka berjaya mencapai sales seratus ribu ringgit buat pertama kali.
Bulan Mac 2020 mencatatkan jualan RM327 ribu. Dan meningkat hampir 3 kali ganda pada bulan April. Juga dalam ‘musim PKP’!
Dengan pengurusan yang efisien, anda juga boleh meroket dengan hebat.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!
Pakar Sistem Ejen