PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT: TREND PENGURUSAN BISNES 2019 DI MALAYSIA

2018 sudah pun melabuhkan tirai. Kita sudah memasuki tahun baru 2019, tahun yang semakin mencabar bagi penggiat-penggiat bisnes terutama pengasas produk (product founder) ekoran semakin banyak kilang pembuatan produk tempatan membuka pintu kepada orang ramai untuk menghasilkan produk jenama sendiri.

Dengan Kuantiti Pesanan Minimum (Minimum Order Quantity) pada kos yang jauh lebih rendah berbanding beberapa tahun yang lepas, kini sesiapa saja boleh membina empayar bisnes dengan menjadi pengasas produk tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Fenomena pengasas jenama produk sendiri yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan ini telah mencetuskan persaingan yang berkali ganda lebih sengit di antara pengasas produk. Bermacam-macam teknik dan strategi yang digunakan oleh para pengasas produk untuk memasarkan produk masing-masing.

Kebanyakan usaha tertumpu kepada aspek pemasaran (marketing) dan jualan (sales). Tidak dinafikan, kedua-dua ini adalah aspek penting dalam bisnes. Namun, aspek pengurusan bisnes juga tidak kurang pentingnya dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia mempengaruhi kemampanan dan perkembangan bisnes untuk jangka masa panjang.

Model bisnes paling popular di kalangan pengasas produk ialah sistem ejen. Ia menjadi pilihan ramai kerana terbukti mampu meledakkan bisnes dalam tempoh yang singkat pada kos yang rendah.

Secara teori, konsep sistem ejen ringkas dan mudah untuk dilaksanakan. Pengasas produk hanya perlu merekrut ejen untuk mempromosi dan menjual produk mereka, manakala pengasas produk pula bertindak sebagai Headquarter (HQ) yang menyediakan kemudahaan dan sokongan kepada ejen-ejen membuat aktiviti promosi dan jualan produk. Semakin ramai ejen maka semakin banyak produk yang terjual, semkain banyak keuntungan yang dijana.

Sistem ejen memerlukan mekanisma pengurusan ejen dan produk yang teratur serta diselia oleh pasukan yang mahir dalam selok belok perniagaan.

Pengurusan ejen:
– Pendaftaran
– Latihan
– Bimbingan
– Sokongan
– Pantauan prestasi

Pengurusan produk:
– Inventori
– Pesanan produk
– Penghantaran produk

Pada peringkat permulaan, kesemua aktiviti ini boleh dijalankan secara manual. Biasanya HQ akan melantik beberapa pembantu khas untuk memantau aktiviti-aktiviti ini. Namun apabila bilangan ejen semakin ramai, apatah lagi jika pengasas produk mahu menambah variasi produk, cara manual sudah tidak boleh menampung keperluan sistem ejen.

Jika HQ terus-menerus mahu menggunakan cara manual untuk menguruskan ejen yang semakin ramai, susun atur cara kerja di HQ akan menjadi bercelaru, risiko kesilapan berpunca daripada ‘human error’ akan meningkat, komunikasi antara HQ dan ejen akan terganggu dan bermacam-macam lagi masalah lain yang akan timbul, seterusnya mendatangkan kerugian kepada bisnes.

Menyedari keadaan ini, pengasas-pengasas produk cuba membina sistem yang mampu mengautomasikan pengurusan sistem ejen dan mengurangkan kebergantungan kepada manusia. Walau bagaimanapun, banyak usaha yang terkubur di tengah jalan kerana sistem yang diimpikan bukanlah mudah untuk dibangunkan.

Alternatif lain ialah melanggan sistem automasi yang direka dan dibangunkan oleh pakar yang bukan saja mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengaturcaraan (programming) tetapi juga kefahaman yang mendalam tentang selok-belok perniagaan terutamanya sistem ejen.

Saban hari, kesedaran akan pentingnya satu sistem yang mampu memberikan kawalan penuh terhadap bisnes semakin meningkat. Semakin ramai pengamal sistem ejen yang menaiktaraf cara mereka menguruskan ejen daripada cara manual kepada platform pengurusan ejen yang lengkap dan menyeluruh seperti Firesell.

Adakah anda masih menggunakan cara konvensional untuk sistem ejen anda?

Sudah sampai masanya untuk anda berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.