2018: PENCAPAIAN FIRESELL

Tahun 2018 memperlihatkan pencapaian Firesell yang sangat memberangsangkan. Begitu banyak perubahan positif dan penambahbaikan yang telah berlaku kepada Firesell sebagai entiti perniagaan dan juga pada sistem Firesell itu sendiri.

PERKEMBANGAN PASUKAN PROFESSIONAL

Memulakan operasi pada Januari 2017 dengan hanya 7 orang pekerja, Firesell kini dipacu oleh 25 orang professional yang berpengalaman dalam teknologi dan paradigma perniagaan. Pasukan professional ini komited untuk memberikan solusi yang berkesan dan berjaya melonjakkan produktiviti ke tahap yang lebih tinggi.

PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Pencapaian terbaik Firesell sepanjang tahun 2018 ialah apabila berjaya meraih 103 klien dengan seramai 43 ribu pengguna dalam tempoh setahun. Semuanya bermula daripada sifar.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada klien-klien dan pengguna-pengguna Firesell, faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah kerana kualiti perkhidmatan Firesell yang cemerlang terutama pada bahagian khidmat sokongan (support).

Testimoni #1:

Khairi Ariff

(Founder LikeMethod & HubMethod)

“Support yang diberikan itu memang sangat sangat superb lah. So macam contoh saya minta feature hari ni, contoh minggu depan tu dah boleh dapat lah. So saya tak pernah jumpa lagi sistem yang dia punya support ni betul-betul bagus.”
Apa Kata Khairi Ariff Tentang Firesell?

Testimoni #2:

Wawa Idris

(Founder Imaan Suci World)

“Saya rasa support ini sangat penting, sebab tanpa support dia akan membuatkan kita punya operasi tergendala. Jadi dengan support yang padu dari Firesell ini saya nampak sangat membantu.”
Apa Kata Wawa Idris Tentang Firesell?

Testimoni #3:

Haridah Sahri

(Founder Tasneem Naturel)

“Dari segi support daripada Firesell. Saya ada dalam 4000 ejen, tapi Alhamdulillah, memang Firesell.. memang memberi support yang sepenuhnya. Saya pun tak payah pening dan staf pun tak pening mengenai support pada sistem dan Firesell memang memberi support sepenuhnya untuk handle segala teknikal yang ada dalam sistem.”
Apa Kata Haridah Sahri Tentang Firesell?

Testimoni #4:

Taufiq

(Biobax)

“Hebat support dari Firesell ni. Cepat dan efisien.”

PENAMBAHBAIKAN SISTEM FIRESELL

Firesell adalah hasil evolusi daripada perisian Facebook Intelligent-Promo kepada platform sistem ejen. Ia dibina dengan mengambil kira keperluan pembangunan perniagaan yang menggunakan sistem ejen sebagai tunjang utama perniagaan.

Ratusan ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina sistem Firesell. Pasukan professional Firesell komited dalam usaha menambahbaik sistem Firesell dari semasa ke semasa. Bermacam-macam fungsi telah diperkenalkan semenjak ia dilancarkan pada tahun 2017. Anda boleh lihat perjalanan penuh Firesell di sini.

Antara fungsi utama Firesell:
– Unlimited user, multiple access role
– Template agreement daftar ejen
– Set yuran daftar (stokis, ejen, ahli)
– 18 hierarki harga produk
– Mod sistem ejen: Ejen daftar ejen (unlimited level)
– Mod sistem trading: stokis daftar ejen
– Genealogi (susur galur)
– Berbilang warehouse urus pesanan
– Penyata pendapatan bulanan
– Graf statistik dan laporan jualan (real time)
– Eksport laporan ke Excel
– Pelan insentif bulanan
– 2 setting tahap aktif ejen (paparan web dan login sistem)
– Tetapan peratusan bonus mengikut gabungan prestasi individu dan berkumpulan
– Pengiraan bonus bulanan automatik (overriding & deduction)
– Unlimited product, multiple categories
– Template agreement pembelian
– Modul rekrut ejen pantas (tanpa FB ads, tanpa perlu janji bulan bintang)
– Modul komisen eTunai dan withdrawal
– Modul mata ganjaran sehingga 5 level
– Sistem inventori warehouse
– Kuantiti pesanan minimum (MOQ) dan gandaan
– Integrasi BillPlz dan SenangPay Payment Gateway
– Terima bayaran tunai
– Pengurusan pengguna dengan pelbagai tahap akses (individual permission)
– Pengurusan pengendalian pesanan
– Multi-courier tracking dengan auto link
– WordPress installation dengan WooCommerce
– Plugin Whatsapp dan Waze senarai ejen mengikut negeri dan daerah
– Link bayaran pesanan tanpa login
– Cetak invois dan delivery order (DO)
– Security Socket Layer (HTTPS penuh)
– Modul affiliate
– Bank copywriting pintar
– Unlimited campaigns & videos (YouTube & Facebook embed)
– SMS notification & blaster (Email & SMS)
– Transaction Autorization Code (TAC)
– Guna domain .com sendiri

Selain daripada itu, Firesell juga menyediakan khidmat sokongan kepada pemilik bisnes seperti:
– Expert consultation secara langsung dari pakar sistem ejen
– Latihan penggunaan sistem eksklusif (sesi 1 hari) selepas proses admission
– Pelbagai Modul
– Khidmat nasihat dan diskusi bisnes (amalan dan strategi)
– Bimbingan untuk team HQ
– Analisis pasaran dan harga produk
– Sokongan untuk pasukan jualan (sales team)
– Sokongan Telegram berterusan

Semoga pencapaian 2018 ini menjadi pemangkin semangat kepada pasukan Firesell untuk terus memberikan perkhidmatan yang melangkaui kepuasan kepada semua pengguna sistem Firesell.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.