APA KATA PENGGUNA FIRESELL: TASNEEM NATUREL

Apa Kata Puan Haridah Sahri Tentang Firesell?

Perkongsian ikhlas daripada Puan Haridah Sahri, founder Tasneem Naturel, antara pengguna terawal Firesell

Hello. Assalamualaikum. Saya Haridah Binti Sahri daripada Tasneem Naturel. Saya membuat produk penjagaan bayi yang digunakan untuk.. daripada bayi sampai ke kanak-kanaklah.

Saya menggunakan Firesell daripada bulan 11 2016 tapi kita officially semua ejen menggunakan Firesell pada 1 Januari 2017.

Pada Jun 2016, setelah mendapati macam kita.. tak ada sistem, kita telah upah programmer daripada satu company Malaysia dan dia cuba buat pun tak jadi.

Dan akhirnya saya terpaksa surrender. Saya contact Imam dan saya minta consultation dan kita pun bersetujulah untuk kita menggunakan Firesell, lebih kurang bulan November 2016.

Bagaimana Firesell membantu bisnes kami..

Pertamanya, bagaimana kami dapat menguruskan ejen kami di seluruh Malaysia. Order ejen, dia punya apa.. dia punya pembahagian bonus, sangat pening kepala kalau kita tak menggunakan sistem.

Dan sekarang ni, yang terkini, kita dah ada 4000 ejen yang berdaftar di dalam sistem dan kita da lebih kurang seribu ahli yang berdaftar di sistem.

Saya bermula bisnes Tasneem pada November 2016. Masa tu masih order melalui Whatsapp. Saya banyak order-order yang tertinggallah.

Jadi dengan adanya sistem, dia sangat memudahkan terutamanya dari segi recording. Recording stock, recording sale, recording setiap ejen punya performance.

Bagaimana bisnes boleh berkembang menggunakan Firesell..

Yang pertama adalah kita dapat merekodkan semua ejen yang berdaftar dengan kita. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita record semua customer yang pernah membeli di HQ. Jadi semua database, semua direkod secara tepat di dalam sistem.

Dari segi support dari Firesell, saya ada dalam 4000 ejen, tapi Alhamdulillah, memang Firesell memang beri support yang sepenuhnya. Saya tak payah pening dan staf pun tak pening.

Mengenai support pada sistem, Firesell memang memberi support sepenuhnya untuk handle segala teknikal yang ada dalam sistem.

Sebagai business owner yang menggunakan sistem ejen, anda wajib, wajib, wajib pakai Firesell.

Nota:
Terdapat ralat pada susur masa yang dinyatakan di dalam video kerana ini adalah perkongsian spontan tanpa skrip daripada Puan Haridah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.