Caj Untuk Fungsi Baharu?
Pertama sekali, harga sistem ejen Firesell adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan sistem custom.
Malah anda boleh terus gunakan sistem ini tanpa perlu menunggu tempoh pembangunan seperti sistem custom.
Namun, tak kena juga jika anda bandingkan harga antara SISTEM EJEN dengan SISTEM ORDER.
Kedua-dua sistem ini TIDAK SAMA fungsinya walaupun ada segelintir sistem order yang claim mereka adalah sistem ejen.
Untuk membuat perbandingan mestilah sesama sistem yang boleh menguruskan ribuan ejen berbilang tingkat di bawah satu platform, yang boleh kira bonus prestasi bulanan, ada loyalty program, SMS & email blaster, dan banyak lagi, yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada ejen yang menggunakannya.
Dengan harga sekitar RM10 ribu, mustahil untuk anda mendapat sistem ejen yang lengkap & komprehensif seperti Firesell.
Firesell sendiri sudah menelan belanja jutaan ringgit untuk menjadi seperti yang anda lihat sekarang.
ready to use system
Firesell adalah sistem ready-to-use. Cuma perlu disesuaikan dengan amalan bisnes masing-masing, yang setiap satunya adalah berbeza.
Jika terdapat keadaan di mana amalan bisnes itu tidak dapat disesuaikan dengan sistem, maka fungsi baharu perlu dibangunkan.
Fungsi yang diperlukan juga biasanya tidak sama dari segi penggunaannya walaupun dari segi sebutannya hampir sama.
Ada juga keadaan di mana dua fungsi tidak boleh digunakan bersama.
Hal ini terjadi biasanya berpunca daripada perbezaan keperluan antara sesama usahawan terhadap bisnes mereka masing-masing.
kombinasi fungsi yang pelbagai
Sebagai contoh, Usahawan 1 perlukan tambahan Fungsi A, manakala Usahawan 2 perlukan tambahan Fungsi B.
Tak lama kemudian, Usahawan 3 perlukan Fungsi A & B untuk digunakan secara serentak.
Ikut logik macam dah boleh guna, sebab Fungsi A & B dah ready.
Dalam realiti, setiap fungsi tidak semestinya compatible antara satu sama lain.
Dalam keadaan di mana 2 fungsi tidak dapat disatukan begitu sahaja, ada kalanya kami terpaksa wujudkan Fungsi C untuk integrate Fungsi A dengan Fungsi B.
Di sinilah wujudnya pembangunan untuk fungsi baharu, dan di sinilah caj dikenakan.
Mengapa caj dikenakan?
Fungsi yang hendak dibangunkan akan memerlukan masa, tenaga, idea & pengalaman yang menghasilkan bayangan flow yang logik untuk diterjemahkan ke dalam bentuk coding.
Ada keadaan fungsi baharu ini tidak boleh digunakan oleh usahawan lain.
Malah ada fungsi yang diminta itu, lepas dah siap barulah usahawan yang request fungsi tu sedar bahawa ia tak boleh digunakan dalam bisnes mereka. Maksudnya fungsi tersebut tidak membantu operasi bisnes atau meningkatkan jualan mereka.
Sebab itu penting untuk caj dikenakan terhadap fungsi baharu.
Caj yang dikenakan ini bergantung pada tahap kesukaran pembangunan, serta masa & tenaga yang perlu digunakan.
Sama seperti nak sambung rumah, perlu ambil kira faktor luaran seperti laluan lori untuk tambun tanah, ada gangguan sambungan elektrik atau tidak pada bekalan eletrik sedia ada, dan sebagainya.
Tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan imaginasi pengguna sahaja.
caj bulanan firesell adalah sangat minimum
Firesell juga tiada maintenance fee seperti kebanyakan web developer lain yang caj sekitar RM500 sebulan hanya untuk bersedia menerima aduan dari pelanggan sahaja.
Firesell hanya kenakan caj cloud, khidmat sokongan team HQ & team ejen, serta pembangunan fungsi baharu (by case) sahaja.
Ini semua adalah demi KESINAMBUNGAN kami menyediakan servis kepada anda.
Perlu dibezakan antara caj maintenance dengan caj cloud, bayaran langganan & caj pembangunan fungsi baharu.
Ada usahawan yang menganggap caj cloud hosting & support itu sama dengan caj maintenance yang pihak web developer companies kenakan.
Sedangkan ianya jauh berbeza.
tiada bayaran untuk future upgrades
Walau bagaimanapun, caj pembangunan ini hanyalah dikenakan jika anda sendiri yang minta fungsi baharu tersebut dibangunkan. Adapun untuk fungsi-fungsi yang Firesell bangunkan untuk kegunaan umum, anda sebagai pengguna Firesell tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Termasuklah semua future upgrades! Anda boleh terus gunakan fungsi tersebut jika ia dapat membantu operasi bisnes anda.
Oleh itu, usahawan yang berminat untuk menggunakan Firesell haruslah mendapat kefahaman yang betul sebelum mula menggunakan sistem ini.
Diharap penerangan di atas dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya — kenapa kami perlu kenakan caj pada fungsi baharu di dalam sistem Firesell.
Pakar Sistem Ejen