Kenapa Usahawan Mesti Bertukar Kepada Sistem Ejen Firesell

Walau pun perit, usahawan akhirnya perlu akur bahawa sistem stokis konvensional adalah sistem yang berisiko tinggi.

Sistem stokis banyak menimbulkan isu makan hati, main harga & isu fake / copy produk.

Isu-isu ini tidak akan berkesudahan, malah bakal membawa sesebuah perniagaan kepada situasi & keadaan yang tidak profesional & tidak menyeronokkan.

Oleh yang demikian adalah penting untuk usahawan bertukar kepada sistem ejen.

Firesell ada menyediakan modul untuk usahawan menguasai sistem ejen dengan mudah, pantas & berkesan.

MASTERING AGENT SYSTEM

Apa yang FIRESELL perjuangkan?

CARE

C – Conquer

Kembalikan 100% KUASA kepada HQ contoh: Ada ejen yang main harga di Shopee, bila terjadi begini, ianya boleh menjatuhkan BRAND tersebut. Customer pasti akan dapatkan barang tersebut dengan seller yang menjual dengan harga yang paling murah.

Keadaan ini, HQ sukar untuk membanterasnya. Kos untuk banterasnya pula agak mahal seperti menggunakan QR Code scanner dan ada juga sehingga melibatkan peguam (undang-undang) Bukankah ini melibatkan kos yang tinggi?

Dengan kembalikan kuasa pada HQ ini, HQ boleh tegakkan brandnya, tegakkan performance bisnesnya (ejen yang perform, dialah yang LAYAK diiktiraf, even dia bukan kawan sendiri ke, adik beradik ke… dia buat, dia yang dapat)

Kekuatan HQ tidak lagi bergantung kepada modal stokis/ ejen, tetapi adalah terletak pada PASARAN. HQ punyai KUASA dari A hingga Z dalam bisnesnya dan tiada lompongan peluang untuk pihak lain mengawal HQ.

Setiap orang iaitu dari HQ, stokis, ejen sehingga level bawahpun main peranan “masing-masing buat kerja masing-masing” sahaja dan semua orang happy kerana tidak ada ruang untuk salahkan mana-mana pihak. Pernah dengar kan ada ejen salahkan HQ sebab HQ tak ambil tindakkan isu ada pelbagai harga di Shopee?

CARE

A- ADMINISTER (Kawalan) HQ mempunyai kawalan terhadap
Iventory yang mana semua stok HQ yang kawal. So tidak berlaku ejen jual stok expired, customer dapat stok expired atau ejen terpaksa jual murah sebab nak habiskan stok yang dah nak expired ataupun ejen tersebut nak pakai duit, atau lebih parah, HQ pulak terpaksa tolong jualkan stok ejen yang jual tak laku tu bagi mengelakkan berlaku expired.

Ejen hanya akan pegang stok sekadar untuk stoknya sendiri untuk penuhi permintaan pasarannya sahaja (untuk dia COD pada customer di komunitinya sahaja)

Dia TIDAK perlu simpan stok untuk ejen di bawahnya berniaga.

So, kualiti produk HQ dapat jaga sepenuhnya termasuk juga kualiti semasa shipment kerana HQ yang uruskan shipment tersebut. Oleh itu, tiada lagi customer dapat barang rosak, nak expired, kos pos berbeza kerana shipment SERAGAM dan lebih EKSLUSIF untuk customer.

Melalui kawalan ini juga, peluang untuk berlaku FAKE juga tiada kerana barang semua daripada HQ sendiri, bukan daripada pihak lain.

R- REVOLUTION (zaman)

Dulu tiada sistem, semua guna manual. So, bisnes owner tiada pilihan lain selain daripada beri kuasa kepada ejen dan bahagikan tugas mengawal kepada ejen.

Sekarang zaman telah berubah dan teknologi semakin canggih, so bisnes owner punyai pilihan untuk mensistemkan pengurusan bisnes supaya ia lebih bersistem dan terkawal seterusnya semua pihak iaitu HQ dan semua peringkat ejen dapat manfaat kebaikannya bersama. Semua orang boleh berbisnes dengan mudah, tidak perlu hantar report secara manual dan semua orang boleh kaya secara SIHAT dalam satu brand yang sama. Ejen boleh FOKUS kepada rekruitment, coaching dan tajamkan skill sebagai leader supaya dia dapat lahirkan leader lain di bawahnya.

Dia tidak perlu buat kerja HQ yang mana boleh membantutkan kerja hakikinya sebagai leader.

E – ELIGILIBILITY (hak & layak)

Dalam sistem ejen yang sebenar, ia mengutamakan hak di tempat sepatutnya. Tiada istilah sebab dia orang lama, even dia tak perform, maka orang lain yang perform TIDAK BOLEH ambil tempat/ kawasannya.

Atau contoh lain, dia berasa dia kesayangan HQ, even dia tak jaga ejen-ejen bawahnya, malah punyai sikap pilih bulu melayan atau mengajar ejen, maka HQ tidak boleh buat apa-apa sebab HQ dah lantik dia sebagai stokis negeri.

Dengan sistem Firesell ini, siapa yang LAYAK (perform) dialah yang BERHAK dapat lebih even dia baru join sekalipun.

Semua orang even baru join, dia tetap ada PELUANG yang sama dengan orang yang sudah lama/ bertahun join sekiranya DIA LAYAK Iaitu berpandukan pada PERFORMANCE tadi.

YOU WILL MASTER WHEN YOU CARE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.