“Apa Beza Antara Sistem Ejen dan Sistem Stokis?”
Ni antara soalan yang paling kerap kami terima.
Disebabkan dalam Sistem Stokis biasanya ada title atau rank Ejen, ramai yang sangka Sistem Ejen dan Sistem Stokis adalah dua entiti, atau dua sistem yang sama.
Sistem Stokis
Sistem Stokis adalah sistem tradisional yang paling mudah untuk dilaksanakan.
Dalam kebanyakan kes, ia boleh disamakan dengan sistem trading konvensional.
Stokis perlu beli pada kuantiti yang besar dan dapat diskaun yang besar.
Kemudiannya dia akan jual @ distribute kepada Ejen-ejen di bawahnya. Ejen boleh beli dalam kuantiti yang kecil, dan diskaun mereka lebih rendah dari stokis.
Berikut adalah antara contoh popular dalam Sistem Stokis;
i) HQ > Stockist > Agent > Dropship > Customer
ii) HQ > Master Stokist > Stockist > Super Agent > Agent > Dropship > Customer
iii) HQ > Stokis Negeri > Stokis Daerah > Ejen > Dropship > Customer
Flow Sistem Stokis adalah sangat simple.
Satu-satu transaksi hanya melibatkan 2 pihak sahaja, iaitu penjual dan pembeli.
Pembeli bayar, penjual berikan produk. Penjual dapat untung. Selesai.
Contoh:
– Stokis beli 1000 unit produk dari HQ pada diskaun 50% dari harga runcit. HQ dapat untung dari perbezaan harga stokis dan harga kos produk dari kilang. Selesai.
– Ejen beli 100pcs dari Stokis pada diskaun 30% dari harga runcit. Stokis dapat untung dari beza harga antara dia dan Ejen. Selesai.
Sistem Ejen
Dalam Sistem Ejen, semua orang adalah Ejen.
Tak kira sama ada seseorang itu daftar direct dengan HQ, atau daftar dengan Ejen sedia ada, mereka semua mendaftar sebagai Ejen.
Mereka semua akan beli direct dari HQ, dan harga mereka semua adalah sama.
Tiada istilah seniority.
“Macam mana Ejen nak untung kalau harga dia adalah sama dengan harga ejen di bawahnya?”, ni soalan kedua paling paling kerap kami ditanya.
Begini…
Pertama — Ejen tidak menjual kepada Ejen lain. Ejen hanya menjual kepada pelanggan. Dari situlah Ejen akan dapat untung.
Kedua — Ejen akan dapat insentif tambahan dari HQ jika dia capai target sales yang telah ditetapkan oleh HQ.
Di sinilah beza utama antara Sistem Ejen dan Sistem Stokis.
Sistem Stokis — HQ letakkan syarat MOQ untuk dapat diskaun besar.
Sistem Ejen — HQ setkan target jualan untuk Ejen dapat untung lebih besar.
Sistem Ejen Tawarkan Insentif Dinamik
Dalam sesebuah Sistem Ejen, insentif mereka adalah dinamik, bergantung kepada prestasi mereka. Biasanya pengiraan bonus / insentif ejen adalah mengikut bulan demi bulan. Bonus yang diterima bulan ni adalah berdasarkan jualan Ejen bulan lepas.
Seseorang Ejen boleh mendapat income seperti seorang Stokis, atau income seperti seorang Ejen, dan juga income seperti seorang ‘Dropship’.
Perbezaan income ini adalah bergantung kepada prestasi mereka setiap bulan. Sekuat mana mereka membuat jualan, dan seaktif mana mereka rekrut Ejen baharu.
Contoh Mudah Pengiraan Insentif Ejen
Saya buat satu contoh item yang Harga Runcitnya RM100.
Katakan Harga Ejen RM85.
Ejen beli dari HQ RM85, jual kepada pelanggan RM100. Untung runcit RM15.
Katakan EjenAAA jual 5 unit sahaja untuk bulan ni. Maka dia dapat untung runcit sahaja. RM15 x 5 unit = RM75.
Persis pendapatan seorang ‘Dropship’.
Katakan EjenBBB jual 20 unit pada bulan ni. Maka dia akan dapat untung runcit + bonus.
Katakan bonus dia RM300. Kiranya RM15 per unit.
Maka margin sebenar dia ialah RM70. Seolah-olah dia beli stok dari HQ pada harga RM70 per unit.
Ni sama seperti diskaun Ejen yang biasa orang buat.
Dan katakan EjenRRR jual lebih 1000 unit sebulan (sama ada bersendirian atau bersama anakcucu). Maka dia dapat untung runcit + bonus.
Katakan bonus yang dia dapat adalah bersamaan RM35/unit.
Maka kos sebenar dia ialah RM50 per unit.
Apa yang bagus di sini ialah, risikonya rendah. Risiko HQ rendah, risiko Ejen juga rendah.
Pengurusan risiko yang baik bakal menjamin kelangsungan @ sustainability sesebuah bisnes.
Kita akan sambung lanjutan perbincangan ini di posting lain ya.
Stay tuned!
Sorry I Ada Soalan. contohnya, Dalam sistem stockis, kalau seorang stockis mempunyai seorang ejen Dan seorang dropshipper. Kalau ejen dia nak jadi seorang stockis. Maka stockis itu Akan hilang profit ejen itu ke ?
Ya betul, dalam sistem stokis, stokis akan kehilangan profit jika ejen di bawahnya upgrade menjadi stokis. Sebab harga dah sama.
Kebiasaannya bila ejen naik pangkat jadi stokis, dia akan terkeluar dari susurgalur stokis asal, dan jadi sama level @ sideline kepada upline/leader/stokis asal dia. Inilah salah satu halangan terbesar kalau guna sistem stokis.