SISTEM EJEN vs SALES TEAM: YANG MANA LEBIH BAGUS?

Sistem Ejen adalah model bisnes paling popular di kalangan pemilik produk (product owner) terutama yang menjalankan bisnes secara dalam talian (online business). Manakala Pasukan Jualan atau Sales Team pula adalah model bisnes yang kian mendapat perhatian di kalangan pemilik produk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Persoalan yang sering ditanya oleh pemilik-pemilik produk, di antara Sistem Ejen dan Sales Team, yang manakah lebih bagus, yang lebih berkesan, yang lebih menguntungkan? Sebenarnya tidak ada model bisnes yang sesuai untuk semua jenis bisnes, semua niche, semua produk.

Pemilihan model bisnes adalah proses penting yang harus anda titikberatkan kerana ia akan mempengaruhi kelangsungan dan kejayaan bisnes anda. Sebelum membuat pilihan, anda perlu memahami konsep kedua-dua model bisnes ini terlebih dahulu, bagaimana setiap model bisnes ini berfungsi, apa elemen asas yang wajib ada supaya ia boleh berfungsi dengan baik dan bagaimana ia dapat membantu anda mencapai visi dan misi bisnes anda.

Berikut adalah perbandingan Sistem Ejen dan Sales Team berdasarkan 10 elemen asas.

#1 – Rekrut

Sistem Ejen:
Pemilik produk rekrut ejen untuk mempromosi dan menjual produk anda.
Sales Team:
Pemilik produk rekrut staf Sales Team untuk membuat kerja-kerja closing.

#2 – Struktur

Sistem Ejen:
HQ, distributor, stokis, ejen, dropshipper
Sales Team:
HQ, ketua, staf biasa

#3 – Gaji & Insentif

Sistem Ejen:
HQ tidak memberi gaji kepada ejen.
Ejen menjana pendapatan daripada keuntungan jualan produk.

HQ mungkin akan memberikan insentif dalam bentuk:
– Ganjaran tunai (cash reward)
– Ganjaran produk (product reward)
– Percutian
– Bonus
Sales Team:
HQ boleh memilih untuk memberi:
– Gaji tetap
– Gaji tetap + caruman EPF dan SOCSO
– Gaji tetap + caruman EPF dan SOCSO + bonus
– Gaji pokok + caruman EPF dan SOCSO + komisyen
– Gaji pokok + caruman EPF dan SOCSO + bonus + komisen
– Tiada gaji tetap, hanya beri komisen

HQ mungkin akan memberikan insentif dalam bentuk:
– Ganjaran tunai (cash reward)
– Ganjaran produk (product reward)
– Percutian
– Bonus

#4 – Tempat & Waktu Bekerja

Sistem Ejen:
Ejen bebas membuat promosi dan jualan produk di mana-mana dan
pada bila-bila masa.
Sales Team:
HQ boleh menetapkan sama ada staf Sales Team wajib datang bekerja di
pejabat pada waktu tertentu atau beroperasi secara jarak jauh.

#5 – Pemasaran (Marketing)

Sistem Ejen:
Aktiviti pemasaran dijalankan oleh HQ.
Inisiatif ejen untuk membuat pemasaran tambahan sendiri.
Sales Team:
Aktiviti pemasaran dijalankan sepenuhnya oleh HQ.
Staf Sales Team fokus kepada kerja-kerja closing.

#6 – KPI & Reporting

Sistem Ejen:
HQ tidak tetapkan KPI.
Ejen tidak perlu membuat laporan (reporting) kepada HQ.
Sales Team:
HQ tetapkan KPI yang perlu dicapai oleh Sales Team.
Staf Sales Team perlu membuat laporan kepada HQ mengikut format yang HQ tetapkan.

#7 – SOP

Sistem Ejen:
HQ tetapkan SOP:
– Rekrut dan daftar ejen
– Pesanan produk
Sales Team:
HQ tetapkan SOP untuk aktiviti closing.

#8 – Perjanjian & Peraturan

Sistem Ejen:
HQ tetapkan:
– Terma dan syarat untuk mendaftar menjadi ejen
– Peraturan tentang harga jualan, penggunaan bahan promosi produk
Sales Team:
HQ membuat surat lantikan jawatan sebagai staf Sales Team.
HQ tetapkan peraturan berkaitan skop dan etika kerja.

#9 – Latihan & Sokongan

Sistem Ejen:
Terpulang kepada HQ untuk memberi latihan dan sokongan kepada
ejen atau tidak.
Sales Team:
HQ wajib memberi latihan dan sokongan kepada staf Sales Team.

#10 – Pengurusan

Sistem Ejen:
Pengurusan ejen dilakukan secara manual atau bersistem.
Bergantung kepada struktur Sistem Ejen, komunikasi antara HQ boleh berlaku secara langsung atau menerusi pihak pada ‘pangkat’ yang
lebih tinggi.
Sales Team:
Sales Team biasanya diketuai dan diuruskan oleh individu yang lebih
berpengalaman.

Apa pun pilihan anda, buatlah keputusan dengan bijak. Pastikan anda benar-benar faham dengan jelas kekurangan dan kelebihan Sistem Ejen dan Sales Team kerana keputusan anda bakal menentukan bisnes anda mampu bertahan dan boleh berkembang maju atau mengalami kerugian lalu terkubur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.