Peranan konsumer dengan peranan pihak bank tidak boleh dibandingkan.
Ini adalah kesinambungan post kami minggu lepas berkenaan soalan pengguna sistem, iaitu “Kenapa Firesell tak sediakan call support? Maybank pun buat. Senang je, apa-apa terus call.”
First of all, it is NOT a comparison, at all.
Anda konsumer Maybank, tapi anda bukan founder Maybank.
Anda founder produk, tapi anda bukanlah konsumer yang perlukan perhatian founder.
Role yang berbeza tu.
Lihat contoh role comparison berikut:
Konsumer -> Maybank -> Maybank2u.
Konsumer -> HQ -> Firesell.
Macam ni barulah perbandingan yang betul.
Kita sebagai pengguna, kalau nak ubah apa-apa pada Maybank2u, mana boleh main call je. Mesti isi borang.
Tapi customer Maybank boleh je call Maybank jika hadapi masalah.
Macam tu juga anda sebagai founder di HQ. Customer anda boleh terus call HQ jika hadapi masalah.
Tapi HQ nak ubah sistem tak boleh la main call. Role berbeza tu.
Tak percaya cuba call Maybank minta mereka tambah satu button dalam Maybank2u.
Bukan sebab maybank tu besar, atau Maybank tu ada call centre.
Bukan sebab kita kecil. Bukan sebab kita tak mesra.
Tapi sebab bidang berbeza.