SISTEM EJEN: APA ITU GENEALOGI?

Apakah yang dimaksudkan dengan genealogi dalam sistem ejen?

Sebelum itu, ayuh kita fahami dulu asal usul dan definisi terma ‘genealogi’.

Perkataan genalogi (Bahasa Inggeris: genealogy) berasal daripada Bahasa Yunani, yang membawa maksud kajian salasilah atau pendidikan susur galur tentang keluarga dan penelusuran jalur keturunan serta sejarahnya.

Sumber: Google

Definisi genealogi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ini pula adalah definisi genealogi (Bahasa Inggeris: genealogy) menurut kamus Bahasa Inggeris Merriam-Webster:

Sumber: https://www.merriam-webster.com/dictionary/genealogy

Dalam konteks sistem ejen, genealogi adalah susur galur jaringan ejen daripada peringkat tertinggi iaitu HQ, warehouse, stokis sehingga ke ejen yang paling bawah.

Contoh paparan genealogi dalam sistem Firesell

Dengan adanya paparan genealogi seperti ini, pemilik bisnes/produk dapat melihat gambaran penuh keseluruhan salasilah ejen dalam bentuk hierarki berserta dengan maklumat setiap ejen seperti nama, emel, nombor telefon dan lain-lain.

Menggunakan contoh paparan genealogi dalam sistem Firesell di atas, setiap lapisan boleh ditetapkan seperti berikut:
L0 = HQ (pemilik bisnes/produk)
L1 = Warehouse
L2 = Master Leader
L3 = Group Leader
L4 = Group Member

Nota:
Tetapan ini bergantung kepada struktur sistem ejen yang diputuskan oleh pemilik bisnes/produk.

Apakah manfaat lain daripada genealogi ini?

Ia memudahkan HQ:
1. Menyusun keahlian mengikut kedudukan (ranking).
2. Memantau prestasi ejen secara individu atau berkumpulan pada setiap peringkat.
3. Mereka pelan pembangunan ejen.
4. Menyimpan database ejen.

Genealogi ini sangatlah rumit jika dilakukan secara manual. HQ perlu melantik staf untuk mencatat pendaftaran setiap ejen di bawah warehouse/stokis/leader/kumpulan mana berserta dengan pelbagai maklumat. Genealogi ini perlu sentiasa dikemaskini setiap kali kemasukan ahli baru, perlantikan leader baru, transaksi jualan dan bermacam-macam lagi faktor lain.

Dengan Firesell, genealogi dijana secara automatik sejurus selepas pendaftaran ejen. Apa-apa pemboleh ubah yang terlibat semuanya dikemaskini oleh sistem secara berterusan sepanjang masa. Risiko kesilapan daripada human error diminimakan. HQ sudah tidak perlu menggajikan staf khas untuk menguruskan database ejen.

Ciri ini adalah antara ciri yang sangat digemari oleh pelanggan Firesell kerana ia menringankan bebanan kerja HQ, meminimakan kesilapan dan yang paling penting sekali, gerak kerja menjadi lebih teratur dan efisien.

Berminat untuk tahu lebih lanjut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.