10 KESILAPAN PENETAPAN HARGA JUALAN PRODUK

Semenjak beroperasi pada Januari 2017 sehingga kini, kami di Firesell telah memberi khidmat konsultasi berkaitan penetapan harga jualan produk kepada ratusan pelanggan Firesell. Sepanjang tempoh ini, kami dapati ramai di kalangan pemilik bisnes yang mahu menerapkan sistem ejen sebagai model bisnes mereka tersekat semasa merangka susun atur sistem ejen yang efisien kerana silap menetapkan harga jualan produk pada harga yang munasabah kepada pemilik bisnes, ejen dan pelanggan.

Continue reading “10 KESILAPAN PENETAPAN HARGA JUALAN PRODUK”

7 CABARAN SISTEM EJEN

Sistem ejen adalah antara kaedah terpantas untuk meluaskan jaringan jualan sesuatu produk. Semakin ramai ejen, semakin luas jaringan jualan, maka semakin tinggi keuntungan yang boleh diraih. Oleh sebab itu, pemilik bisnes dan pengasas produk yang menerapkan sistem ejen dalam model bisnes mereka akan merekrut seramai ejen yang mungkin.

Secara teorinya, kira-kira jualan hasil daripada menggunakan sistem ejen ini tampaknya seperti sangat mudah. Hanya perlu rekrut ejen yang ramai maka keuntungan juga akan berkadar terus dengan jumlah ejen yang ada. Namun di sebalik kira-kira mudah itu, tersirat seribu satu cabaran melaksanakan sistem ejen.

Continue reading “7 CABARAN SISTEM EJEN”