Soalan yang kadang-kadang orang tanya.
“Kenapa Upfront Firesell Mahal Sangat?”
Untuk soalan ni, selalu kami jawab dengan soalan, “Tuan bandingkan dengan sistem apa ya?”
Perbandingan yang tidak tepat mampu membuatkan orang salah buat perkiraan.
Kita tak boleh bandingkan kadar sewa rumah dengan kadar sewa lot kedai. Dua perkara tersebut berbeza ciri dan kegunaannya.
Dalam industri IT, ada sangat banyak kategori sistem. Setiap satu sistem mempunyai matlamat dan kaedah yang tersendiri.
Melihat kepada skop bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masa kini, ada banyak jenis sistem yang boleh digunakan. Antaranya sistem order, sistem inventori, sistem marketing, sistem ejen, dan sistem akaun.
Kenapa Upfront Firesell Mahal Sangat?
Apabila trend berniaga di Malaysia berkembang pesat sejak beberapa tahun ini, permintaan terhadap platform perniagaan meningkat secara drastik. Dari situ ramailah pembangun sistem claim bahawa sistem mereka adalah sistem ejen.
Ya betul, banyak sistem yang boleh handle ejen. Ada sistem akaun yang mampu handle ejen. Dan ada banyak sistem order yang juga mampu handle transaksi belian ejen. Tapi sebagai pengguna, anda perlu tahu sistem bagaimana yang anda perlukan.
Ada yang datang kepada kami, terkejut apabila mendapat tahu kos upfront sistem ialah RM9,987. Katanya, “Baik saya buat dengan orang lain je. Semalam saya ada jumpa orang buat website RM700 je.”
Tak lama lepas tu dia sambung, “hosting dia setahun pun lagi rendah dari caj bulanan Firesell RM399 tu.”
pengguna harus tahu apa alat yang diperlukan
Begini, sistem Firesell adalah sangat berbeza dengan sistem order lain di pasaran. Apatah lagi jika dibandingkan dengan website standard di luar sana.
Bukan nak merendahkan sesiapa, tapi kita perlu tahu apakah alat yang diperlukan untuk capai sesuatu matlamat.
Superbike adalah jauh lebih mahal dari motor kapcai. Tapi kalau nak pergi masjid yang hanya 1km dari rumah, naik kapcai biasanya lebih cepat sampai. Sebab tak perlu persediaan yang rumit. Tapi kalau nak ke destinasi yang beratus kilometer jaraknya, naik superbike mungkin lebih sesuai. Boleh sampai lebih cepat.
Begitu juga dengan sistem. Kalau hanya perlukan simple order form dan payment gateway, simple website atau sistem order biasa sudah mencukupi.
Tapi kalau nak ejen kita duplicate founder (HQ), yang mana mereka boleh rekrut ejen lagi dan lagi, kemudian kita nak berikan imbuhan atau rewards kepada ejen, sistem ejen Firesell adalah platform yang anda perlukan!
telah menelan belanja jutaan ringgit
Waktu post blog ini ditulis, pembangunan sistem Firesell telah menelan belanja jutaan ringgit. Proses pembangunan dan menaik taraf sistem juga sudah melebihi lima tahun, dengan pengalaman handle dan consult lebih 170 bisnes SME di seluruh Malaysia.
Sangat ramai pengguna Firesell membuat jualan ratusan ribu ringgit setiap bulan. Ada yang berjaya buat jualan jutaan ringgit sebulan, dan ada yang capai 1 juta ringgit sehari dengan platform unik ini.
Ya, RM1 juta dalam satu hari!
Dengan kemampuan sistem sebegini, adakah harga ~RM10 ribu masih dianggap mahal?
Dah ramai yang datang kepada kami, mengadu telah habis belanja puluhan ribu ringgit. Tapi sistem masih tak boleh digunakan. Ada juga yang menanti bertahun lamanya, tapi sistem entah ke mana.
Sebagai founder jenama sendiri, anda lebih tahu hala tuju dan matlamat bisnes anda. Jadi sebagai pengguna bijak, pastikan anda membuat penilaian yang betul dengan keperluan bisnes anda.
Sekian,
Pakar Sistem Ejen.
1800-18-7355 (SELL)
askum hi saya sufian baru nak setup untuk sistem agen bagi perkhidmatan dalam jualan (sistem agen yg merangkumi pelbagai seperti yang pihak tuan nyatakan diblog diatas..
berapa lama proses dan bagaimana cara bayaran atau lain2 bagi urusan. dan adakah perlu kita membuat sebarang pembayaran lain bagi perkhidmatan ini selain rm4xx sebulan.
Wa’alaikumussalam..
Proses setup dan setting sistem biasanya mengambil masa sekitar 2 minggu hingga sebulan.
Selain bayaran bulanan, bayaran upfront RM9,987 (one-time fee) adalah diperlukan. Upfront ini merangkumi kos setup cloud & aplikasi Firesell, dan konfigurasi platform.