Bisnes & Kebajikan: Dua Entiti Berbeza

Sepanjang dua tahun lalu, Firesell seringkali dilanda masalah kewangan. Cashflow selalu negatif. Nak cover overhead pun tak tertanggung. Setiap bulan isu yang sama — gaji.

Kami tak duduk diam. Terus menerus belajar & mengkaji isu yang berlaku.

Dalam waktu yang perit itu Allah s.w.t hadirkan beberapa insan yang sudi membantu.

Bisnes dan Kebajikan
Bisnes dan Kebajikan: Dua Entiti Berbeza

Setelah dinasihati oleh pakar kewangan Islam & fiqh muamalat, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, setelah disemak selia oleh internal auditor berpengalaman, Tuan Farook Nasar (DrBiz), setelah dibimbing tanpa jemu oleh usahawan berjaya Tuan Haji Amir Malek Alias & beberapa insan lain yang tampil memberi bantuan, kami akhirnya mendapat jawapan.

Firesell mesti ‘dipisahkan’ dengan kebajikan dengan kadar segera. Atau lagi 2 bulan, syarikat akan gulung tikar!

Firesell perlu meletakkan harga yang betul untuk pembangunan sistem berpandukan objektif & matlamat asal membantu usahawan.

Salah satunya ialah mengenakan bayaran bagi penambahan fungsi baharu yang diminta oleh client.

Tiada caj dikenakan untuk develop new function

Sebelum ini, Firesell tidak kenakan caj kepada client. Waktu itu pada kami kebajikan adalah kunci kejayaan. Rupanya kami letak prinsip pada tempat yang salah.

Memang kebajikan itu kunci kejayaan bisnes, tapi janganlah digadai bisnes itu sendiri.

Konon nak bantu usahawan jimat kos, Firesell bangunkan apa sahaja fungsi yang diminta oleh client, tanpa bayaran walau satu sen pun.

Masa itu kami percaya bahawa semakin banyak fungsi baharu, maka semakin banyak fungsi yang client boleh guna. Maka semakin bertambah ramailah usahawan yang akan guna sistem ejen Firesell, sebab penuh dengan fungsi yang pelbagai.

Kononnya juga, makin ramai usahawan guna, makin banyak income dari langganan sistem yang Firesell akan dapat.

Namun, itu cuma bayangan Firesell sahaja. Kami tak kaji betul-betul. Tenggelam dalam syok sendiri. Realitinya, berlaku sebaliknya.

Semakin bertambah client, semakin tinggi kos overhead. Firesell menanggung kos cloud server yang semakin membesar.

Request semakin banyak, sebab free!

Client pula semakin tak putus-putus request fungsi baru (sebab tiada caj), menjadikan kerja terlalu banyak & semakin tidak terurus.

Bila fungsi yang banyak itu meningkatkan kebergantungan client terhadap sistem, rupanya penggunaan resource server juga semakin meningkat tinggi.

Caj langganan tidak berubah, fungsi baru tidak dicaj. Kos cloud kami sahaja yang berkembang dengan peningkatan penggunaan resources.

Dalam situasi ini, client semakin gembira, tetapi bisnes Firesell semakin parah menunggu mati.

Kerja-kerja pembangunan sistem yang semakin bertambah setiap hari, membuatkan team programmer semakin tertekan. Kualiti team support pula semakin menurun, termasuklah kadar respon kepada clients.

Firesell tak boleh survive. Lama kelamaan, client yang asalnya happy tadi pun bertukar marah & berang.

ekosistem tak seimbang

Bisnes lain, semakin ramai client semakin happy & semakin kaya. Tetapi Firesell, semakin ramai client, semakin sengsara, semakin miskin & semakin berhutang.

Barulah kami tahu, ekosistem bisnes kami tidak seimbang.

Untuk seimbangkan semula, kami perlu betulkan cashflow. Salah satunya ialah perlu ada bayaran untuk setiap tambahan fungsi baharu.

Dengan cara ini, bila sistem mampu menepati amalan bisnes client, maka bisnes client juga boleh grow dengan lancar.

Dalam masa yang sama juga, Firesell boleh survive & grow untuk memberi lebih manfaat kepada client, in sya Allah.

Wallahu a’lam.

Pakar Sistem Ejen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.