Kaedah penetrate market bagi usahawan yang tidak mempunyai modal besar ialah dengan menyediakan sistem jualan untuk dropship.
Ramai tidak perasan bahawa penggunaan sistem jualan untuk dropship mampu memangkin pertumbuhan pasaran produk setaraf pengiklanan di TV!
Apa Maksud Dropship?
Dropship ialah kaedah pengurusan rantaian bekalan yang tidak melibatkan penyimpanan stok pada peringkat dropship.
Dropship adalah individu yang membuat keuntungan dengan menghubungkan pembekal dengan pelanggan.
Dengan kata lain dropship ialah orang tengah yang tidak menyimpan stok.
Apakah Tugas Sistem Jualan Untuk Dropship?
Banyak jenis sistem jualan untuk dropship terdapat di pasaran. Apa pun pilihan, pastikan sistem tersebut mampu untuk membuat kerja-kerja berikut:
- Daftar dropship dengan pantas, samada melalui link pendaftaran atau didaftarkan oleh admin / leader.
- Merekod & menyimpan data dropship di tempat yang selamat dengan keselamatan yang terjamin.
- Menerima pesanan serta membolehkan pesanan diuruskan dengan sistematik tanpa bercelaru walaupun pesanan diterima dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.
- Mengurus penghantaran dengan integrasi pelbagai kurier.
- Membolehkan HQ memantau prestasi dropship mengikut jangka masa yang diinginkan.
- Menggantung & memecat dropship bila-bila diperlukan, dengan berkesan tanpa perlu bersemuka atau menyakitkan hati mana-mana pihak.
- Menyediakan pelbagai jenis laporan termasuk laporan transaksi, laporan untung rugi, laporan dropship tidak aktif, dan sebagainya.
Kesemua ciri-ciri ini amat penting dalam memastikan dropship anda dapat berniaga dengan kondusif di samping memastikan juga pengurusan HQ dapat berfungsi dengan optimum.
Bagaimana Cara Guna Firesell Sebagai Sistem Jualan Untuk Dropship?
Firesell menyediakan kesemua ciri-ciri di atas, dengan beberapa tambahan lain untuk memudahkan HQ memulakan operasi.
Antaranya seperti format & template terma, termasuk Terma Penyertaan & Terma Pesanan, yang berfungsi memelihara kepentingan & keselamatan HQ dalam menjalankan operasi harian.
Firesell juga membantu HQ merangka strategi operasi & strategi kawalan yang berfungsi memelihara kelangsungan operasi perniagaan dalam usaha meminimumkan risiko tersangkut di tengah jalan.
Dengan kata lain, dengan penggunaan sistem jualan untuk dropship yang betul, tanpa Facebook Ads pun boleh meletup tak menang tangan!
Antara kata-kata pengguna Firesell — Inilah teknologi zero cost marketing yang paling berkesan setakat ini!
Setakat hari ini 31% pengguna Firesell akur bahawa jualan mereka benar-benar mendadak selepas beberapa bulan menggunakan Firesell.
Nota: 31% adalah peratusan yang tinggi bagi usahawan yang realistik.
Bagi yang memerlukan demo, anda boleh hubungi kami atau terus call / wasap dengan klik button di bawah.
Semoga membantu.