Dilema Tukang Jahit Baju Raya

DILEMA TUKANG JAHIT BAJU RAYA

Time dekat nak raya ni ramailah tukang jahit terpaksa bersembunyi & melarikan diri a.k.a tak angkat fon, tak jawab WhatsApp, deactivate Facebook dan lain-lain.

Customer pula sibuk memburu tukang-tukang yang ‘menghilangkan diri’.

Bila tak dapat apa yang diburu, maka banyaklah kutukan mula tumbuh & tular di media sosial.

Makan duit haram lah, tak berkat lah, tak halal sampai akhirat lah, aniaya customer lah, dan bermacam-macam lagi.

Customer Tak Henti memujuk

Padahal sebelum kejadian, customer juga yang tak henti memujuk.

Dah lah hantar tempahan lambat, lepas tu gosok-gosok belakang tukang jahit minta disiapkan juga.

Bila kata dah tutup, merayu pula, “Satu je, satuuuu je, pleaseeeee”. Pujuk dan pujuk lagi, “boleh la, boleh la, takpe la lambat sikit pun, I tunggu. Boleh la tu ek, rezeki buat raya”, dan bermacam ragam lagi.

Apa yang orang biasa (bukan tukang jahit) ni tak tahu, setiap helaian tu nak kena buat, bukan boleh fotostat. Tapi satu per satu dengan penuh khusyuk & teliti.

Perlukan tenaga, masa, bakat, berfikir, kemahiran & pengalaman, yang diadun bersama, sehingga sebati menghasilkan hasil kerja yang diidamkan.

Namun bila sering diganggu oleh penyelit yang suka-suka selit tanpa ikut queue ni, maka larilah hasil kualitinya, lambatlah siapnya, terganggulah tempahan pelanggan lain.

Customer pula dengan selamba buat-buat tak tahu je.

Tak henti-henti bertanya, “Bila ye boleh siap? Bila ye anggaran boleh siap? Dah siap belum ye? Lambat lagi ke boleh siap?”

Soalan-soalan sebeginilah yang membuatkan tukang-tukang rasa serba salah untuk jawab.

Tak setuju pun susah, sebab yang bertanya tu customer. Kalau bagi tarikh anggaran, bimbang tak sempat siap nanti customer pulak marah-marah, tuntut janji & tuduh macam-macam.

Kadangkala tidak terjawab, hilang idea nak bagi jawapan paling sesuai, sambil kaki & tangan tak henti menyiapkan tempahan customer lain.

Bila spend masa melayan pertanyaan, maka bertambah lagilah masa nak siapkan tempahan.

Perlukan Fokus Untuk Siapkan tempahan

Wahai customer, ketahuilah…

Tukang-tukang ni perlu fokus untuk siapkan tempahan daripada menjawab pertanyaan yang tidak membantu.

Berhari-hari bersengkang mata tak tidur, pun diganggu lagi.

Ketahuilah, dah siap nanti, tukang-tukang inilah yang paling tak sabar nak update customer dengan penuh kepuasan.

Jadi, sebagai customer, bersabarlah. Kalau tak boleh bersabar pun, belajarlah untuk bersabar.

Tunggu saja update dari tukang, bantu dia untuk siapkan tempahan anda. Bantu tukang untuk gembirakan anda di hari lebaran.

Ketahuilah, TIDAK ADA tukang yang sengaja melambatkan hasil karyanya.

Tukang-tukang pun sayangkan periuk nasik juga.

Tukang-tukang pun nak terima bayaran dari pelanggan hasil titik peluhnya juga.

Kadangkala, ada yang sampai berlaku ketegangan bila customer tak sabar & menganggap hanya tempahan dia saja yang tukang buat.

Lebih menyedihkan bila ada customer yang bersikap ‘pembuli’. Mentang² dah bayar, tak putus-putus bertanya, “Dah siap ke? Bila ye boleh siap? Kami bayar ni…”

Sambil-sambil tu request tambah macam-macam lagi, kononnya bagi dia, dia dah bayar, maka tukang kenalah buat seperti yang diminta walau apa pun.

Situasi Yang Sama di Firesell

Begitulah analogi yang berlaku pada kami di Firesell.

Ada client menganggap, bangunkan sistem ini tiada kos, jadi kena mintak macam-macam.

Bagi mereka, bangunan fizikal baru ada kos, sebab nampak batu bata & simen tu.

Nak buat macamana, sistem kan tak boleh dipegang.
Maka kos yang terlibat itu, orang tak nampak.

Begitulah dilema yang sering dihadapi oleh tukang-tukang. Kami di Firesell juga tidak terkecuali.

Dilema Tukang Jahit Baju Raya

Setakat ini belum pernah berakhir, dah fitrah bisnes ini sememangnya begini.

Apa yang kami buat, teruskan memberi kefahaman kepada setiap satu client.

Kerana kami percaya, lambat laun, walau ada yang akan terus berkeras, pasti ada segelintir yang dibukakan pintu hati untuk memahami realiti tukang pembuat sistem.

– Pakar Sistem Ejen –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.