Apa Beza Antara Sistem Ejen dan Sistem Stokis?

“Apa Beza Antara Sistem Ejen dan Sistem Stokis?”

Ni antara soalan yang paling kerap kami terima.

Disebabkan dalam Sistem Stokis biasanya ada title atau rank Ejen, ramai yang sangka Sistem Ejen dan Sistem Stokis adalah dua entiti, atau dua sistem yang sama.

Beza Sistem Ejen dan Sistem Stokis
Sistem Stokis

Sistem Stokis adalah sistem tradisional yang paling mudah untuk dilaksanakan.

Dalam kebanyakan kes, ia boleh disamakan dengan sistem trading konvensional.

Stokis perlu beli pada kuantiti yang besar dan dapat diskaun yang besar.

Continue reading “Apa Beza Antara Sistem Ejen dan Sistem Stokis?”

Jangan Dibandingkan Role Konsumer Dengan Role Pihak Bank.

Peranan konsumer dengan peranan pihak bank tidak boleh dibandingkan.

Ini adalah kesinambungan post kami minggu lepas berkenaan soalan pengguna sistem, iaitu “Kenapa Firesell tak sediakan call support? Maybank pun buat. Senang je, apa-apa terus call.”

First of all, it is NOT a comparison, at all.

Jangan bandingkan role konsumer dengan pihak bank

Anda konsumer Maybank, tapi anda bukan founder Maybank.
Anda founder produk, tapi anda bukanlah konsumer yang perlukan perhatian founder.
Role yang berbeza tu.

Lihat contoh role comparison berikut:
Konsumer -> Maybank -> Maybank2u.
Konsumer -> HQ -> Firesell.
Macam ni barulah perbandingan yang betul.

Kita sebagai pengguna, kalau nak ubah apa-apa pada Maybank2u, mana boleh main call je. Mesti isi borang.

Tapi customer Maybank boleh je call Maybank jika hadapi masalah.

Macam tu juga anda sebagai founder di HQ. Customer anda boleh terus call HQ jika hadapi masalah.

Tapi HQ nak ubah sistem tak boleh la main call. Role berbeza tu.
Tak percaya cuba call Maybank minta mereka tambah satu button dalam Maybank2u.

Bukan sebab maybank tu besar, atau Maybank tu ada call centre.
Bukan sebab kita kecil. Bukan sebab kita tak mesra.

Tapi sebab bidang berbeza.

Kenapa Firesell Tiada Phonecall Support Macam Bank?

Kadang-kadang ada pengguna sistem Firesell bertanya kami, “Kenapa Firesell tak sediakan call support? Maybank pun buat. Senang je, apa-apa terus call.”

Di Firesell, kami menyediakan support melalui group Telegram khas bagi setiap syarikat. Segala pertanyaan mengenai sistem akan diajukan dan dijawab dalam group tersebut.

Tiada call untuk isu teknikal sistem

Sejak tahun 2017, kami telah cuba pelbagai cara dan kaedah untuk support para pengguna. Selepas menimbang segala kebaikan dan kekurangan, melihat kepada nature sistem Firesell yang mungkin berbeza dari servis lain, pihak pengurusan telah memilih untuk support melalui group khas di Telegram.

Keputusan ini adalah untuk memudahkan kedua-dua pihak, iaitu pihak pengguna dan juga penyedia sistem.

Continue reading “Kenapa Firesell Tiada Phonecall Support Macam Bank?”

7 CABARAN SISTEM EJEN

Sistem ejen adalah antara kaedah terpantas untuk meluaskan jaringan jualan sesuatu produk. Semakin ramai ejen, semakin luas jaringan jualan, maka semakin tinggi keuntungan yang boleh diraih. Oleh sebab itu, pemilik bisnes dan pengasas produk yang menerapkan sistem ejen dalam model bisnes mereka akan merekrut seramai ejen yang mungkin.

Secara teorinya, kira-kira jualan hasil daripada menggunakan sistem ejen ini tampaknya seperti sangat mudah. Hanya perlu rekrut ejen yang ramai maka keuntungan juga akan berkadar terus dengan jumlah ejen yang ada. Namun di sebalik kira-kira mudah itu, tersirat seribu satu cabaran melaksanakan sistem ejen.

Continue reading “7 CABARAN SISTEM EJEN”